Terlewat sampai ke lapangan terbang disebabkan kesesakan lalu lintas telah menyelqmatkan nyawa seorang lelaki. Media tempatan Indonesia melaporkan, Sony Setiawan yang bekerja di Kementerian Kewangan Indonesia sepatutnya menaiki pesawat Lion Air dari Jakarta ke Pangkal Pinang.
Namun kelewatan lelaki ini menyebabkan dia terlepas jaduan penerbangan ternyata mempunyai hikmahnya yang tersendiri. "Saya biasanya ambil penerbangan JT610, saya dan kawan-kawan saya selalu gunakan penerbangan ini. "Tapi pada hari kejadian saya tak tahu kenapa trafik begitu sesak sekali. "Biasanya saya tiba di lapangan terbang pada pukul 3.20 pagi, tapi sebab trafik sesak saya tiba 6.20 dan terlepas penerbangan."
Tambah Sony lagi, dia menangis selepas mendengar khabar tentang tragedi terbabit. "Keluarga saya terkejut, mak saya menangis. Saya maklumkan yang saya selamat. Saya bersyukur sangat." Pada pagi Isnin, Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 yang membawa 181 individu dan lapan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia). Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) berkata pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.- CARI
|
18
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
15
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
leylapple replied at 29-10-2018 05:23 PM
aku teringat 1 of the joke masa mh370. kisah sorang laki nie tipu bini kata ada keja kat china... ta ...
Muntz replied at 29-10-2018 05:16 PM
Dah nasib. Tapi mcm kurang manis pulak kalau cakap bersyukur tak naik flight tu.
leylapple replied at 29-10-2018 05:23 PM
aku teringat 1 of the joke masa mh370. kisah sorang laki nie tipu bini kata ada keja kat china... ta ...
chazey replied at 29-10-2018 08:54 PM
Death cheater sebegini, if dalam Final Destination, lain jadiknya.
#tetiba
Orgkgdukobesi replied at 29-10-2018 05:57 PM
Pantang ajal sebelum maut
ADVERTISEMENT