Polis menahan seorang remaja yang dipercayai membunuh bayinya berusia empat minggu selepas mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg duffle hitam di dalam apartmentnya, lapor media Amerika Syarikat.
Lebih sadis, Jenna Folwell, 19, dikatakan mencari cara untuk membunuh bayi di Internet sebelum melemaskan mangsa di dalam tab mandi. Memetik Mirror, Jenna menghubungi polis mendakwa anaknya diculik di sebuah taman. Suspek mendakwa, dia sedang meletakkan mangsa ke dalam kerusi bayi di dalam keretanya apabila seorang lelaki tiba-tiba menghampirinya dari belakang sebelum menyerkup kepalanya dengan beg dan melarikan diri dengan anaknya. Polis melancarkan operasi mencari sebelum menemui mangsa di dalam apartment suspek di Chandler, Arizona.
Menurut laporan, polis kemudian merampas telefon bimbit Jenna dan mendapati lebih 100 carian web berbeza yang terdiri daripada "cara untuk mati serta-merta dan kes bayi hilang". Suspek juga didakwa membuat kajian mengenai tempoh masa diambil untuk seorang bayi mati akibat lemas, lapor 12 News. Jenna kemudian mengakui dia mereka cerita mengenai penculikan itu dan mayat bayinya disembunyikan di dalam beg berkenaan. Jenna mendakwa dia pengsan ketika sedang mandi bersama anaknya dan sebaik terjaga, bayinya sudah mati lemas sebelum mengakui dia melemaskan mangsa kerana tidak tahan mendengar bayi itu menangis. Bagaimanapun, dia mendakwa menyesal dengan tindakannya itu dan cuba memberi bantuan pernafasan, namun sudah terlewat. Difahamkan, Jenna dikatakan akan dipenjarakan di Penjara Daerah Maricopa kerana membunuh. Mahkamah sebelum ini mengenakan bon berjumlah ASD1 juta (RM4.1 juta) terhadapnya. Sementara itu, bapa mangsa berkata kepada ABC15.com dia sangat bersedih dan terkilan kerana tidak akan pernah dapat meluangkan masa bersama anaknya. "Dia dah 'bunuh' saya pada saat dia mengambil nyawa Rainer. Dia sepatutnya berjumpa saya atau keluarga saya dan bincangkan hak penjagaan anak," katanya. - CARI
|
25
Bagus |
21
Marah |
21
Terkejut |
24
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT