Motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakan teruk akibat pertembungan kuat.
PEKAN 17 Sept - Malam sambutan Hari Malaysia bertukar tragedi buat dua sepupu yang maut kemalangan berhampiran Taman Perdana, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 12.15 malam kelmarin, Abdul Azim Muhamad Nasir, 20, dan Fahmi Aizat Mohamad, 25, maut serta-merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan dalaman. Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bersetuju menguji kehandalan menunggang motosikal masing-masing dari arah bertentangan.
Menurutnya, motosikal Honda EX5 ditunggang Abdul Azim dipecut laju dari arah Taman Perdana menghala ke Pekan manakala Fahmi Aizat pula menunggang motosikal Demak dari arah bertentangan. “Ketika memecut laju dan dalam keadaan begitu hampir, motosikal yang ditunggang Fahmi Aizat masuk ke laluan bertentangan menyebabkan kedua-dua mangsa bertembung dari arah depan. “Kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar dan pertembungan kuat itu menyebabkan mereka tercampak ke atas jalan,” katanya. Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Kampung Marhum, pagi semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|
gaara_X posted on 17-9-2013 09:03 AM
Parent tak sepatutnya bagi anak menunggang........dah ler lesen tak de....
gaara_X posted on 17-9-2013 09:03 AM
Parent tak sepatutnya bagi anak menunggang........dah ler lesen tak de....
gaara_X posted on 17-9-2013 09:03 AM
Parent tak sepatutnya bagi anak menunggang........dah ler lesen tak de....
ADVERTISEMENT