Pernahkah anda melihat motor-motor menggunakan laluan kereta, terutamanya waktu malam? Walaupun sebenarnya ada laluan motor yang khas untuk mereka, nampaknya penunggang motor lebih selesa berada di laluan yang lebih besar. Jangan marah dahulu. Ini kerana hanya penunggang motor memahami masalah mereka. Menunggang motor di celah-celah kenderaan yang lebih besar, menempa bahaya jika tersilap percaturan dan paling teruk boleh membawa maut jika berlaku kemalangan. Maklumlah penunggang motor lebih terdedah kepada jenayah dan buli jalan raya kerana ianya lebih kecil. Menurut status ini, sesetengah laluan motor memang menjadi target penjenayah untuk merompak. Bukan sekadar itu, penunggang motor juga boleh maut kerana jerat yang dipasang ini. Mungkin bagi sesetengah netizen, mereka tidak memahami kenapa wayar dipasang merentasi laluan motor tersebut. Jawapannya adalah ia supaya penunggang motor terjatuh lalu mereka akan merompak mangsa. Namun, bahaya wayar tersebut ialah jika dilanggar laju, maka penunggang motor boleh meninggal di tempat kejadian kerana luka parah. "Kalau malam, lalu ja tempat kereta tu, ada ja polis yang faham dan takkan saman." Sememangnya ramai penunggang motor yang mengalami pengalaman ngeri ketika memandu waktu malam. Oleh itu, ada yang sudah tidak menggunakan laluan motor kerana tidak mahu membahayakan nyawa sendiri. "Putus leher lah, kalau kena wayar tu." Selain waktu malam yang agak gelap, biasanya laluan motor juga sunyi membuatkan penjenayah senang mencari mangsa. Oleh sebab itu, ramai netizen berpendapat individu yang menganiayai ini tidak boleh dikasihani. Jadi, kepada penunggang motosikal sila berhati-hati terutamanya waktu malam sementara kepada pemandu kereta mungkin boleh bertimbang rasa dengan mereka kerana sebab-sebab seperti ini. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|