CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pulanglah Tun, Ahli Umno Masih Sayangkan Tun"- Annuar Musa

25-10-2018 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3546| Komen: 28


Semalam dalam satu kenyataan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Umno mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai parti itu kerana ramai ahli parti itu masih mempunyai rasa sayang dan menghormati Dr. Mahathir dengan tulus ikhlas.


Kredit foto: FMT

Berita Harian melaporkan, pelawaan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap kenyataan Dr Mahathir yang dilaporkan mempelawa anggota Umno menyertai BERSATU pada majlis Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Shah Alam, 22 Oktober lalu.

"Sesungguhnya amat ramai ahli Umno, termasuk saya sendiri, amat sayang dan menghormati Tun (Dr Mahathir) dengan hati yang tulus ikhlas.”

"Insya Allah, Umno itu tidak akan mati. Apa yang buruk, kita perbaiki bersama.”


Selain itu, Annuar turut berkata BERSATU "sangat lemah" dan mengaitkannya dengan pembubaran semua bahagian parti itu di Negeri Sembilan.

Menurut Annuar yang juga MP Ketereh walaupun tawaran untuk menyertai BERSATU amat menggiurkan wakil rakyat yang "ketagih kedudukan" dalam kerajaan namun, "ia tidak menarik bagi majoriti ahli Umno."- CARI




30

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
23

Sedih
37

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 25-10-2018 08:31 AM
kagum betul dgn ahli politik. semalam kutuk2. hari ni cakap sayang.esok2 kutuk2 lepas tu sayang balik
Quote wirazam 25-10-2018 08:41 AM
lazim replied at 25-10-2018 08:31 AM
kagum betul dgn ahli politik. semalam kutuk2. hari ni cakap sayang.esok2 kutuk2 lepas tu sayang bali ...

well that is politik...ada org ckp if ahli politik cakap...kita kena waspada..
Quote ifanonline 25-10-2018 08:44 AM
banyak sangat lancap nuor muso ni
Quote renko 25-10-2018 09:33 AM
gile ke nuar musang ni
dia pon kuat menyalak kt tun dulu sblm pru
Quote nolya 25-10-2018 10:04 AM
Kalau Tun M  kembali kpd UMNO, Tun nak dilantik sbg ape?  Presiden UMNO kah.  Habis tu Ahmad Zahidi nak ditendang ke mane?  Apakah itu bukan bibit derhaka kpd presiden semasa?  Ataukah sbg  satu keluhan terdesak,  bagaikan  anak ayam kehilangan induk,  shnga harus merayu orang yg pernah dikutuk, dicaci, dipersenda, kembali menerajui parti?  Adakah harapan Annuar Musa adalah suara peribadi atau mewakili  suara hati  dn ahli2 UMNO?.  Di mana Ahmad Zahidi, Kak Long,  dn pemimpin2 UMNO yg pernah serang Tun  dulu nak letak muka?

langit cerah tidak berawan, suria memancar di waktu pagi,  tinggi harapan kpd mu taun,  tidak tuan siapa lagi. Anak2 main lelayang, emak2 makan kuaci,  dlm hati tetaplah sayang,  sekalipun kalimat bagaikan benci.  Pagi2 ke pasar tamu,  sempat membeli kuih bahulu,  hendak mempelawa  malu bertemu,  lamaran dilayang di angin lalu.

Mungkinkah  Tun akan menjawab:  di dlm kotak ada barang, anak kekura anak lelabi,  saya skr di negara orang,  pelawaan tuan saya kiv.

Quote prettyuglybabe 25-10-2018 10:41 AM
balik ke umno and rebuild parti..
buang segala toksik dalam parti tu..
mesti ramai akan sokong umno semula..
Quote roy3 25-10-2018 10:44 AM
macai bodo ja dok kt umno tuh
Quote jofizo 25-10-2018 11:03 AM
sekali atok join blk umno dgn bawa separuh mp ph....anwat melopong lagi.......
Quote giyomi 25-10-2018 11:08 AM
alolololo...dl panggil mama kuty lar tua tak sedar diri lar skrang syg konon...phuiii...
Quote insulin 25-10-2018 11:10 AM
Panggillah orang muda untuk bina parti ni semula. Susah benar mereka ni nak memberi kepercayaan kepada orang muda untuk teraju parti ya.
Quote ninja9 25-10-2018 11:17 AM

kan ada bagusnya suatu parti itu kalah. cakap pun dah berpijak di atas tanah balik, sedar dan mengakui kelemahan, merangka balik strategi, menjadi lebih matang etc. terlalu lama berkuasa menyebabkan sifat gila kuasa, harta dan pemilikan meresap perlahan-lahan
Quote Rantaie 25-10-2018 11:23 AM
lazim replied at 25-10-2018 08:31 AM
kagum betul dgn ahli politik. semalam kutuk2. hari ni cakap sayang.esok2 kutuk2 lepas tu sayang bali ...

that is why politic sucks and fake!
Quote pyropura 25-10-2018 11:29 AM
Pribumi = United Malaysian Native Organization
Quote nusaraya 25-10-2018 12:05 PM
prettyuglybabe replied at 25-10-2018 10:41 AM
balik ke umno and rebuild parti..
buang segala toksik dalam parti tu..
mesti ramai akan sokong umn ...

Emergency Call to Tun M ...

Bagi Tun M lebih baik membiarkan UMNO runtuh  dan tetap bertahan di PH agar tak terlibat dengan dosa-dosa besar UMNO di masa lalu ...
Quote aHoi83 25-10-2018 12:11 PM
Lawak giler berita ni .
Quote anniehanida 25-10-2018 12:24 PM
iskh!!!! Nuar Musa..ari tuh hang kata tun tuh kete antik..kete tak leh pakai lah..hang kata macam-macam..awat dah kecut teloq kaaa? Takut kena tarik dengan sprm..Whatevalah ikut suka hampalah..hang pikiaq pasai kocek hang jaa nuar musa..pasai kehidupan kebangsawanan hang jaaa... Pasal hampalah melayulah nih kena puih!! ngan bangsa lain..

Bila diberi kuasa, haram jadah ape pun hampa bedal..ikut suka hampa jaa..perli rakyat ikut sedap mulut..now what????? Kepala melayu senang senang kena tonyoh laaa nih..Go to hell..
Quote sinalegna 25-10-2018 12:26 PM
Mcm pujuk pasangan yg merajuk.. aku nak ko balik please

wuwuwuwu
Quote highcastle 25-10-2018 12:28 PM
jofizo replied at 25-10-2018 11:03 AM
sekali atok join blk umno dgn bawa separuh mp ph....anwat melopong lagi.......

Tak mustahil. Bunga2 tu dah nampak dah........... Jom sediakan popcorn...........
Quote xy_daen 25-10-2018 01:18 PM
Aku prefer....popcorn...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.107267 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top