Pegawai khas Aminuddin Mohamed Yunus berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Nazaruddin Sabtu yang jatuh sakit sejak Mei lalu mungkin menjadi mangsa ilmu hitam.
Memetik mStar Online, Aminuddin berkata, Nazaruddin mula sakit selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu dan melarat selepas Hari Raya. Menurutnya, Nazaruddin, 62, tidak menghadiri acara rasmi termasuk persidangan dewan selama empat hari baru-baru ini dan lain-lain majlis kerana masalah kesihatannya itu. "Kami telah merujuknya ke hospital untuk rawatan dan doktor memberitahu bahawa dia mengalami tekanan.
"Bagaimanapun, kami juga membawanya untuk rawatan tradisional di lima tempat berbeza, dan mengejutkan apabila diberitahu bahawa dia mungkin menjadi mangsa ilmu hitam," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Seni, Kebudayaan dan Tradisi Melayu itu juga tidak dapat bertanding dalam pemilihan PKR negeri Sabtu lalu. "Memandangkan dia masih menjalani rawatan dan tidak dapat berkhidmat di tempatnya, kami telah melantik seorang pegawai untuk berada di pusat perkhidmatannya di Kuala Pilah yang akan beroperasi bulan depan," tambah Aminuddin. Katanya lagi, Nazaruddin pernah mengadu ada merasakan seperti ada orang menyihirnya dan tidak dapat makan sejak jatuh sakit. Namun, sejak kembali daripada rawatan tradisional selera makannya bertambah baik. - CARI
|
39
Bagus |
38
Marah |
31
Terkejut |
20
Sedih |
28
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 25-10-2018 11:22 AM
edisi mistik paranormal nih mmg biasa berlaku among politicians pun
abas8888 replied at 25-10-2018 11:37 AM
kan doktor dah kata dia alami tekanan..bukannya doc tu kata tiada penyakit..tekanan tu penyakit la.. ...
pyropura replied at 25-10-2018 11:25 AM
Puak Umno ni bunoh membunoh pun depa buat, apalah sgt ilmu itam tuh .... dasar umno sekular liberal ...
matchstick replied at 25-10-2018 02:11 PM
x mustahil pun..kes mona fendi korang pecaya pulak sheols guna ilmu hitam utk bantu ahli politik
ADVERTISEMENT