Satu laporan menyatakan penyelidik di Jepun sedang giat melakukan ujian pengklonan manusia. Memetik Daily Star, penyelidik negara itu mendedahkan mereka dalam usaha mencipta sel telur menggunakan darah yang kemudian akan dimasukkan ke dalam ovari tiruan.
Walaupun telur-telur ini tidak dapat berkembang menjadi bayi kerana belum matang, mereka percaya jika penyelidikan ini berjaya, ia dapat membantu pasangan mandul untuk mendapat zuriat. Malah, ia dikatakan dapat membantu pasangan sejenis untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang. Sementara itu, media China melaporkan 200 jenis anjing berjaya diklonkan di negara berkenaan.
Terbaru, seekor anjing jenis schnauzer berusia 12 tahun menjadi anjing terkini menjalani ujian pengklonan yang membabitkan proses mengambil sampel kulit dari haiwan terbabit. Bagaimanapun, penyelidik mengakui mereka akan memiliki sikap dan perangai berbeza walaupun memiliki DNA sama disebabkan asuhan yang berbeza. - CARI
|
9
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 24-10-2018 04:20 PM
Tp mesti mahal gila kosnya..
ADVERTISEMENT