Sesiapa yang bercuti di Hong Kong tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Disneyland Hong Kong ataupun Ocean Park Hong Kong. Tetapi, tiada ke tempat lain yang boleh kita kunjungi sekiranya datang ke Hong Kong?
Berikut adalah beberapa senarai tempat yang anda mesti kunjungi jika anda datang ke Hong Kong. 1. Police Married Quarters (PMQ) Dulunya PMQ merupakan bangunan yang dimiliki oleh kerajaan tempatan merupakan asrama polis yang mempunyai 160 bilik. Namun kini bangunan ini telah berubah menjadi sebuah tempat seni untuk para seniman dan peminat seni di Hongkong. Disini terdapatnya studio kreatif, pameran seni, galeri, kedai-kedai dan juga pejabat. 2. Tai Kewun Tai Kwun juga sama seperti PMQ. Dulunya bangunan ini kepunyaan kerajaan pemarintah pada masa itu dan menjadi stesen polis. Namun kini bangunan ini telah menjadi laman seni dan budaya. Selain seringakali diadakan pameran-pameran seni disini, para pelancong yang datang kesini juga boleh mengikuti lawatan sekeliling bangunan dan juga berkunjung ke kedai-kedai yang ada serta mencuba makan malam yang ada. 3. Lan Kwai Fong Lan Kwai Fong merupakan sebuah area yang dipenuhi dengan restoran, bar dan kelab hiburan. Setiap hari begitu ramai orang yang berkunjung ke sini. Salah satu iconic yang terkenal di sini ialah mid level eskalatornya yang telah ada di sini selama 24 tahun dan panjangnya mencecah 800 meter. Wajib selfie di sini jika anda ke sini. 4. Man Mo Tample Kuil ini mengamil nama sempena nama God of Literature (Man) dan God of War (Mo). Kuil yang terkenal di Hong Kong ini telah dibina pada taun 1847 dan biasa digunakan sebagai tempat pertemuan dan juga untuk bersembayang. Kuil ini juga merupakan kuil yang terbesar Hong Kong dan bangunan begitu mempunyai sentimental yang tersendiri dan begitu bersejarah. Ramamai yang datang sini kagum dengan binaan kuil ini. 5. Muzium Dr Sun Yat Sen Muzium ini dibina bagi memperingati jasa dan usaha Dr Sun Yet-sen dalam pembebasan Hong Kong dari negara yang menggunakan sistem pemerintahan secara monarki kepada sistem republik. Oleh jasa dan kegigihan beliau, muzium khusus yang menceritakan perjalanan perjuangannya telah ditayang buat para pengunjung di muzium ini. Itu tadi 5 tempat yang mestianda kunjungi jika datang ke Hong Kong. Anda pernah ke sana? Selain 5 tempat ini, apakah tempat lain yang menarik yang boleh kita sama-sama kongsikan? - CARI Kredit foto: Google
|
24
Bagus |
30
Marah |
21
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT