Apabila muzik video Dato' Siti Nurhaliza dikritik tanpa asas, maka berpusu-pusulah peminat penyanyi nombor satu negara ini tampil menegakkan hujah masing-masing. Maklumlah komen yang ditulis langsung tidak 'kena' dengan realiti muzik tanah air, apatah lagi membandingkan Siti dengan artis yang baru setahun jagung menyanyi, pastilah menimbulkan kemarahan peminatnya. Komen tersebut pula rupa-rupanya ada pada setiap muzik video Siti. Timbul persoalan, siapakah gerangan Mia Zara ini yang mengatakan Siti Nurhaliza tidak lagi relevan dan Ayda Jebat serta Farah Hazel adalah pengganti yang ditunggu-tunggu. Menurut Mia Zara, kejayaan Ayda Jebat meraih tiga anugerah dari tiga negara luar telah mengharumkan nama negara manakala Siti pula dianggap tidak lagi berada di kemuncak kerana tidak mampu menyanyi secara langsung. Selain itu, suara Ayda juga disifatkan tinggi seperti Whitney Houston dan menasihatkan Siti agar kerap berlatih pernafasan supaya masalah teknikal boleh diatasi. Jika satu atau dua komen daripada 'haters', mungkin peminat Siti boleh maafkan, tetapi tampaknya komen mengkritik nyanyian Siti dilihat hampir kesemua pada muzik video Siti, lengkap dengan nasihat umpama juri nyanyian. Ini yang menimbulkan kemarahan peminat ibu Aafiya ini. Bagaimanapun, ada netizen yang menjawab bahawa wanita ini memang sentiasa mengkritik muzik videonya. Jadi, tidak perlu memberi perhatian kerana orang sebegini memang sukakan perhatian tersebut. "Rasanya dia ada masalah pendengaran, tak pun, dia adalah Aj dan FH yang menyamar menjadi netizen." Namun, bagi peminat yang tidak boleh menerima kritikan ini menganggap Mia hanyalah Budak Baru Nak Up (BBNU) yang tidak pernah berada di zaman kegemilangan Siti Nurhaliza. Malahan Siti lebih unggul sekaligus mengatasi artis baru masakini. Membandingkan dengan Ayda Jebat dan Fara Hazel pula dianggap seperti syok sendiri sahaja. Disebabkan komen yang kurang cerdik tersebut, ada netizen yang nakal menyarankan Mia menggantikan tempat juri-juri tersohor ini. Terhibur pula membaca perdebatan sebegini. Ia jelas menunjukkan peminat sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan artis kesayangannya. Jadi, anda pula bagaimana? - CARI |
20
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pencintaABC replied at 24-10-2018 04:04 PM
Kalau banding AJ FH dengan Naufara Yassin, Erema, Pija, Ashira, Mazleela, Feeza, Syazliana pon jauh ...
ADVERTISEMENT