CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Suka Yuna Yang Dulu" - Komen Peminat Ini Dijawab 'Deep' Oleh Yuna

23-10-2018 01:46 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17127| Komen: 88|Original author: Oleh: Azza





"Bye Yuna dulu."

Tidak mudah sebenarnya bagi seorang artis untuk memuaskan hati semua peminat, apatah lagi buat Yuna yang kerjaya seninya memuncak nun di negara barat. Baginya setiap inci perubahan sama ada penampilan, muzikal atau corak persembahan adalah ke arah yang lebih baik, bukannya sekadar suka-suka.

Memahami peminatnya terdiri daripada banyak golongan, Yuna tidak begitu melayan mereka yang membawa aura negatif. Namun, mungkin kerana penat atau mahu menjelaskan persepsinya, penyanyi yang pernah berduet dengan Usher ini akhirnya memberi jawapan pada komen seorang peminatnya yang menyatakan Yuna dahulu lebih bagus.

Yuna secara kritisnya membalas pendek iaitu "Bye Yuna dulu." diiringi dengan perumpamaan antara wanita dengan telefon pintar mewah.


Kredit foto: IG

Bagi Yuna, lelaki sebegini sebenarnya lebih rela membeli telefon pintar dengan harga mahal dan akan terus membelinya setiap kali ada koleksi baru. Tetapi dalam masa sama tidak membenarkan wanita bergerak maju ke hadapan.

Lebih comel apabila Yuna turut membalas komen di status Syafiq seperti kebiasaan netizen lain.




"Sejak kahwin ni sensitif pula dia ni."

Namun, pastinya jawapan Yuna tidak memuaskan hati netizen lain yang masih mengharapkan Yuna kembali seperti dahulu. Bagi mereka Yuna tidak perlu terkesan dengan komen sebegini kerana sekurang-kurangnya mereka adalah antara peminat artis tersebut. Malahan, agak pelik apabila Yuna memetik satu nama antara berjuta peminatnya dan bertindak defensif.


Kredit foto: IG

Manakala bagi peminat yang boleh menerima perubahan Yuna pula berpendapat bahawa tiada masalahnya dengan jawapan tersebut, sekadar pemberitahuan sahaja. Malahan mereka membidas peminat Yuna yang bersikap seperti 'lalang'.



Bagaimanapun, ramai juga netizen yang membuat lawak tentang kehilangan peminat lelaki tersebut.


Kredit foto: IG

Yuna telah memberi jawapannya, jadi terpulang kepada anda untuk terus 'move on' bersama atau tidak. - CARI 
11

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 23-10-2018 01:52 PM
I don't think she's becoming better in my eyes. Gitteww. I suka yuna dulu jugak. Cool & tak banyak bunyi.
Quote Rhyno 23-10-2018 01:54 PM
Yuna = Neelopak.
Quote momopoko 23-10-2018 02:14 PM
New doesn't always mean better.
Quote hyie 23-10-2018 02:19 PM
ni imej dia sebagai artis je. Iols percaya sheols masih sama macam dulu dari segi perangai. Pakai baju kurung etc...
Quote umbut 23-10-2018 02:27 PM
Mcm lah yuna suka kat kau..
Quote minguk 23-10-2018 02:28 PM
tak pernah suka yuna...  jadi i tak peduli
Quote ayjay 23-10-2018 02:31 PM
Better or not, it is her choice. Her life. Nobody has the right to decide for her. Kalau dah tak suka, tak payah jadi fan dah. Ngefan je dgn lagu dan gambar dia dedulu
Quote miemiecha 23-10-2018 03:25 PM
KUT ANG LAH YUNAM..
yg pasti mek nak jgk beli turbnan ituew...
mak mek nak woiiii
mana nak beliiii
Quote l1zzzzza 23-10-2018 04:28 PM
Artis Malaysia 'bertudung' masuk Internasional mesti la kena tunjuk leher. Baru la internasional kekdahnye. Tengoklah contoh sorang lagi artis tuuuuu
Quote Themilo 23-10-2018 04:43 PM
i don't care. lagu dia pun tak sedap.
Quote nooriesz 23-10-2018 04:47 PM
ape beza yuna dlu n skrg.. mmg tu gk suara n lagu2 die..

style die tu biase2 je la tgkkn.. dr hijab ke turban.. tu jer..

follow je la abby abadi klu nk perbezaan..
Quote alien88 23-10-2018 05:43 PM
iolls pon suka Yuna yg dulu, maksud iolls fesyen dia.. sama macam Neelofa, suka fesyen tudung shawl lama sheols.. tp yg berubahnya fesyen, I still rasa Yuna masih org yg sma, even lagu sheols pon ada bunyi mcm dlu jugak
Quote Parit.Hilton 23-10-2018 05:51 PM
BTW, Yuna akan perform kat Freedom Festival di Bandar Malaysia on the 3rd November.

marilah kita datang ke sana dan tanya dia kenapa tak pakai dah tudung bawal



Quote mandak20 23-10-2018 06:12 PM
Yuna berubah ikut target audience & market dia kat luar negara..
Quote makneng 23-10-2018 06:44 PM
Let her be what she wanted to be.. Gittew
Quote azwanaliori 23-10-2018 07:06 PM
U can see how she struggling to show the urban side of her. So netizen can stop expecting her to very da muzlimah
Quote damian_lee 23-10-2018 07:12 PM
Dia mendonia and dilamar pharrel pung sbb Yuna yg dulu .. music yang slow tapi menangkap ...

Skrg lagu2 dia ntahlah

Coffee .. mermaid ... deeper conversation .. lullabies ... itu dia sebab range suara dia pun hauk jer .. sesuai dengan lagu mcm tu jer

Aku peminat Yuna yaaaaa
Tapi aku rasa mcm x setuju pasal New = Better ...
Quote Sugatae 23-10-2018 07:39 PM
Sama je...tang fesyen kot berubah..berturban bagai. Music ttp la music yg sama. Lagu2 kedai kopi urban gitu. Heh.
Quote Nham22 23-10-2018 11:05 PM
Kalau i rindu genre lagu2 yuna yg dulu...mmg sedap ja...

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074743 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top