CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rugi Tak Sambung Belajar" - Bila Makcik Bawang Kolot Memperlekeh Peniaga Pasar Malam...

22-10-2018 05:25 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 8565| Komen: 64|Original author: Oleh: Ain

Dalam dunia yang semakin maju ini, tidak dinafikan masih wujud segelintir manusia berfikiran sempit dan kolot. Mereka masih terikat dengan stigma negatif terhadap individu yang tidak memiliki segulung ijazah.


Terbaru, seorang peniaga buah-buahan meluahkan rasa terkilannya apabila disindir 'makcik bawang' yang mempersoalkan masa depannya kerana tidak menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).



Menurut Taufiq Tajuddin, wanita berkenaan seolah-olah memperlekahkan golongan peniaga sepertinya yang tidak memiliki segulung ijazah.

Dalam masa sama individu terbabit turut membandingkan anak-anaknya yang dikatakan berjaya apabila tamat pengajian di IPT dan bekerja dengan kerajaan.




Bagaimanapun, Taufiq Tajuddin tidak cepat melenting dan memberi jawapan dengan berhemah.


Cukup-cukuplah angkat bakul sendiri



Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat kolot wanita berkenaan.


"Kenapa buah nanas pasar malam juga menjadi dambaan?"



Selain menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang mata duitan, anak-anaknya juga terkena tempias kemarahan orang ramai.


"Siapalah sanggup bermentuakan makcik?"


Kredit foto: FB Taufiq Tajuddin

Alahai makcik, selagi usaha dan ikhlas dalam bekerja, rezeki tetap ada di mana-mana. Siapa kita mahu menghakimi orang lain? - CARI
15

Bagus
23

Marah
29

Terkejut
22

Sedih
21

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote palmolive 22-10-2018 05:29 PM
mentaliti melayu..kerja kerajaan terjamin hidup..
Quote meklalala 22-10-2018 05:46 PM
Pelajaran tak menjamin kekayaan seseorang la mak cik...kerajinan tu penting, cari duit nak kasi anak mak cik makan tu..bersyukurlah ada orang nak kat anak mak cik. .
Quote shernazz 22-10-2018 06:18 PM
Dapnya jus nenasss
Quote sofiazara 22-10-2018 06:19 PM
betul kata2 makcik tu
Quote buragazz 22-10-2018 06:22 PM
Mak cik bernasib baik dapat budak meniaga yang baik hati Mok Cik weii..

Klu jumpa aku tadi mau gugur bulu2 yang ada kat badan dia aku kerja kan hanya dengan perkataan yang keluar dari mulut aku yang hansuang ni.. nasib mak cik nasibbbb...
Quote riyadhK 22-10-2018 07:31 PM
buragazz replied at 22-10-2018 06:22 PM
Mak cik bernasib baik dapat budak meniaga yang baik hati Mok Cik weii..

Klu jumpa aku tadi mau gu ...

Tak pepasal pulak I membayangkan u tenyeh makcik bawang Tu dengan buah nenas. Hahahahahaha rabak acik Tu.
Quote doubleA 22-10-2018 07:57 PM
Meniaga la kaya, kerja apa pun ok asalkan tak susahkan org lain. Makcik bersyukur dengan anak makcik tapi jangan lah hina anak orang lain
Quote Idgaf 22-10-2018 07:58 PM
Sedapnyaaaa nenas tu. comel2 size
Quote misc 22-10-2018 08:01 PM
Ada betul juga kata makcik tu. Kerja makan gaji lebih terjamin berbanding meniaga. Yg otak bisness mmg takleh terima laa. Makcik tu mesti berpandangan yg meniaga pasar mlm ni tak byk duit.
Satu lagi salah besar makcik tu sebab dia bongkak dgn kejayaan anak dia dan nemandang rendah kerjaya org lain.
Entah2 anak2 dia yg kemurungan setiap hari nak settle personal loan bank rakyat.
Quote cahaya_almas 22-10-2018 08:02 PM
Amboi....sdpnya kan...tk suka pn jgn lah ckp gitu..belum tentu org tu nak jd menantu makcik tau....huhu.....sy suka je cari suami yg keje sendiri....bisnes kecil2...janji rajin...ssh senang sama2oklah kan....
Quote Mary_jane 22-10-2018 08:14 PM
Ke abe propa je ni nak promote nenas. Tapi sedap tu jus nenas. Kelat tak lidah lepas minum?
Quote damian_lee 22-10-2018 08:20 PM
Tapi mcm dah berulang kali demgar cite2 mcm ni
Kat kedai maka lah
Kat warungla


Mcm dah bosan plak
Quote Bilissey 22-10-2018 09:09 PM
Kalau saya yang kena hadap, tak kecil hati pun. Biasalah, makcik2. Pemikiran tipikal. Kita ni bila dah berumur nanti, jangan lah jadi macam tu pula. Nasihat boleh, menghina jangan

Apa yg dikata, ada betulnya. Part epf tu, kena beringat la. Dapat untung berniaga, jangan gelap mata. Menyimpan dekat mana2 yang selamat

Tak perlu sentap. Jarang lah saya dengar lelaki sentap pasal isu ni. Marketing strategy kot
Quote RatuDunia94 22-10-2018 09:36 PM
Eh eh mcm thread ulangan je... sbb mcm pernah bc sebelum ni..
Quote marvelez 22-10-2018 09:37 PM
Kerja kerajaan = hidup terjamin.

Typical melayu.
Quote pearl.silver 22-10-2018 09:42 PM
I beli nenas potong kt pasar mlm, pulur dia keras gila..buah pun jap je lebam dah
Pastu gi padang besar, beli nenas potong gak..fuh pulur dia crunchy
Ok lepas dah gian mkn nenas
Quote pearl.silver 22-10-2018 09:45 PM
palmolive replied at 22-10-2018 05:29 PM
mentaliti melayu..kerja kerajaan terjamin hidup..

Ada kawan nk kawen laki org
Mula2 xdpt restu
Pastu kwn ckp kt mak dia laki org tu cikgu
Terus dpt restu dgn alasan kerja yg terjamin masa depan
Sebenarnya bf dia tu gelaran je cikgu..hahaaa...
Quote Lolalala 22-10-2018 10:08 PM
damian_lee replied at 22-10-2018 08:20 PM
Tapi mcm dah berulang kali demgar cite2 mcm ni
Kat kedai maka lah
Kat warungla

Tah tah macik yang sama ulang tayang kejadian di kedai2 tersebut. Kikikiki
Quote whitePoison 22-10-2018 10:29 PM
Ada betul kata makcik tu..Tapi ada salahnye jugak..Tak perlu perlekehkan cara orang lain cari duit..Dan jangan pandang rendah dengan orang yang berniaga pasar malam..Entah2 income diaorang lebih tinggi daripada gaji anak makcik yg kere-Jaan tuu.. Hujung bulan gentel rambut memikir gaji susut tak sampai 2hari sebab bayar loan kereta,rumah..Akhirnya menyendel dengan kawan2 mintak pinjam duit..Tapi duduk canang kat media sosial dia lah paling wowww sekali..

Ehh..terpanjang pulak cite..ishh makcik laa nii

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.077883 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top