Bekas Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein menawarkan dirinya untuk mengesan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setakat ini lokasi sebenar Jho Low masih menjadi tanda tanya. Biarpun sebelum ini pihak berkuasa pernah banyak kali memaklumkan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan, namun masih menemui kegagalan. Tambahan pula, Perdana Menteri pernah mengatakan punca Jho Low gagal dikesan adalah disebabkan terdapat usaha sabotaj daripada pihak tertentu di kalangan pegawai kerajaan. Memetik laporan Malaysiakini, Hishamuddin Hussein hari ini tampil menawarkan diri untuk bantu kerajaan mencari Jho Low yang dilaporkan sedang menyembunyikan dirinya di China.
Bekas menteri Umno itu berkata beliau akan mencari Jho Low atas kapasitinya sendiri tanpa arahan daripada mana-mana pihak dari partinya atau Putrajaya. “Saya secara peribadi saya nak lihat isu 1MDB diselesaikan dan kita dapat keadilan, nak tahu hujung pangkal bermakna." Tambah Hishamuddin, sekiranya Jho Low berada di China, dia secara perbadi akan ke China untuk bawa balik Jho Low ke muka keadilan. "Kalau beliau masih lagi berada di luar negara dan kita rasa kes 1MDB ini tak selesai." Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen siang tadi.- CARI
|
13
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT