Cuba bayangkan air terjun yang besar dan tinggi berada di tengah-tengah bandar. Semestinya ia membuatkan kita begitu teruja untuk melihat dengan dekat keunikannya.
Begitulah keadaannya di Guiyang, barat daya China yang telah membina air terjun setinggi 108 meter mampu menarik perhatian para pengunjung yang datang ke pusat bandar ini. Memetik dari portal kaki sini, air terjun yang diuruskan oleh Guizhou Ludiya Property Management Co sememangnya direka khas untuk tarikan pelancong. Satu tangki telah dipasang pada ketinggian 121 meter bangunan dan empat pam berkuasa 185 kilowat memberi sokongan untuk mengepam air ke bahagian atas air terjun. Menariknya, dikatakan air yang digunakan di dalam tangki akan dikitar semula dan sumbernya adalah dari hujan dan saluran-saluran lain.Tapi, air terjun ini tidak beroperasi sentiasa dek kerana kos penyelenggaraannya terutama bil elektrik yang sangat tinggi (penggunaan elektrik menjangkau RM434.00 sejam). Hanya dibuka selama 10 hingga 20 minit pada hari perayaan khas sahaja. |
30
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
34
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT