Sudah lama tidak mendengar perkembangan terkini mengenai pelakon Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Binti Nazaruddin yang baru sahaja menimang cahaya mata keempat pada penghujung bulan Julai yang lalu.
Semalam, Lisdawati telah memuat naik foto bersama anak tirinya, Hanna Faresha di majlis graduasi yang berlangsung di Setia City Convention Centre beberapa hari yang lepas. "Tahniah sayang @hannafaresha. Mama sentiasa doakan terbaik untuk semua anak-anak mama. Semoga tercapai impianmu nanti," tulis Lisdawati pada kapsyen gambar tersebut. Gambar tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan sempat memuji kecantikan Hanna yang baru sahaja berusia 19 tahun itu. Ada juga komen yang secara berseloroh bertanyakan pada Lisdawati sekiranya wanita berusia 39 tahun itu sudi menjadikannya sebagai menantu. Amboi! Hanna merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi Nawawi bersama bekas isterinya sebelum berkahwin dengan Lisdawati. Sebelum ini Hana pernah mencuri tumpuan ramai apabila dia mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 10A dalam SPM. Bukan sahaja cantik, malah bijak orangnya. Tahniah kami ucapkan kepada Hana dan semoga terus berjaya untuk peringkat yang seterusnya. -CARI
|
9
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
17
Sedih |
24
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
buapakperut replied at 19-10-2018 05:11 PM
lawa, mesti ikut muka mak dia kot
virgo19 replied at 19-10-2018 05:31 PM
kalau ikut muka abah dia tak lawa ke
sinalegna replied at 19-10-2018 05:38 PM
Wahai TT yg mabok ketum.. hannah delisha tu anak org lain k, bukan anak poji. Harap maklong
Biskut_pingpong replied at 19-10-2018 05:44 PM
Btol la hanna ni anak poji la..kan abg dia yg masuk mentor tu si fareez tu.. manade si tt mabuk ke ...
sinalegna replied at 19-10-2018 05:47 PM
Ko baca kt bwh gambor tu
fadz84 replied at 19-10-2018 05:55 PM
Patutnya Hanna Faresha kn.. TT salah tulis la tu.. Hannah Delisha heroin langsuir tu..
ADVERTISEMENT