Seorang wanita berusia 40 tahun yang mempuyai 44 orang anak digelar wanita paling subur di Afrika. Sepanjang hidupnya selama 40 tahun, Mariam Nabatanzi menghabiskan masanya selama 18 tahun untuk mengandung.
Wanita dari daerah Mukono, Uganda ini telah melahirkan enam pasangan kembar, empat kembar tiga, tiga kembar empat dan beberapa kelahiran tunggal. 38 dari 44 orang anaknya masih hidup dan kebanyakannya masih tinggal bersamanya. Walaupun bergelar ibu tunggal, Nabatanzi mampu memberikan makanan yang cukup buat anak-anaknya. Daily Monitor melaporkan, pada 12 tahun Nabatanzi telah berkahwin dengan lelaki yang berusia 28 tahun lebih tuida daripadanya.
hidupnya tak penah senang kerana ibu tirinya pernah cuba membunuhnya dengan meletakkan kaca yang dihancurkan dalam makanan dan berjaya membunuh empat adik-beradiknya yang lain. "Suami saya kahwin ramai dan mempunyai ramai anak hasil hubungan masa lalu yang mana saya harus menjaganya kerana ibu mereka entah ke mana. Dia juga ganas dan akan pukul saya jika tak suka apa yang saya cakap." Nabatanzi melahirkan anak pertamanya, sepasang kembar, pada 1994, ketika berusia 13 tahun. Dua tahun kemudian, dia mendapat kembar tiga dan hampir dua tahun selepas itu dia mendapat kembar empat. Pakar sakit puan di Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu memberitahu Daily Monitor bahawa kesuburan melampau Nabatanzi berkemungkinan besar disebabkan genetik kerana bapanya juga mempunyai 45 orang anak. "Kesnya adalah kecenderungan genetik kepada hyper-ovulate (melepaskan banyak telur dalam satu kitaran) , yang mana ia ketara meningkatkan peluang gandaan, ia biasanya disebabkan genetik." Tambah Nabatanzi, "Saya dinasihatkan untuk terus menghasilkannya (telur) kerana menghalangnya bermakna saya akan mati. Saya cuba guna peranti IUD tetapi saya jatuh sakit dan muntah dengan banyak, rasa hampir nak mati. Saya koma selama sebulan." Kesuburan melampau Nabatanzi akhirnya berakhir pada Disember 2016, selepas melahirkan bayi terakhirnya, yang mana doktor memberitahunya bahawa peranakannya telah dipotong dari dalam. Bagi menjaga anak-anaknya, wanita ini perlu menyediakan 0kg tepung jagung sehari, 4kg gula sehari dan tiga ketul sabun. "Saya perlukan sekurang-kurangnya Shs100,000 (RM108) sehari untuk pastikan keluarga dalam keadaan baik. Tuhan baik kepada saya kerana mereka tak pernah sehari pun hidup tanpa makan." -CARI
|
10
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 19-10-2018 07:25 AM
Macam isteri Nabi Ibrahim, Hawa....
20 kali beranak, dapat 39 orang anak....
sorang je yg lahir tu ...
sepiITUindah replied at 19-10-2018 12:07 PM
patutler rakyat mesia mudah ditipu macau scam
contoh dlm thread ni
ADVERTISEMENT