CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Bintang Beladiri Khabib Nurmagomedov, Juara UFC Beragama Islam Yang Pertama

10-12-2018 05:51 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6480| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Khabib Nurmagomedov ialah nama baru yang mula menjadi buah mulut di kalangan peminat sukan mixed-martial art (MMA), sebuah sukan gabungan pertarungan, seni mempertahankan diri dan juga pertunjukan dan sinonim dengan penganjuran Ultimate Fighting Championship (UFC). Selepas kemenangannya menentang Conor McGregor disusuli dengan beberapa kontroversi, ramai peminat mula tertanya-tanya latar belakang kehidupan beliau. 


Kredit Foto: Carian Google

Jum kita berkenalan dengan juara UFC beragama islam yang pertama ini.


Kelahiran



Kredit Foto: ok.ru

Khabib Nurmagomedov dilahirkan pada 20 September 1988 di sebuah kampung bernama Sildi, di Daerah Tsumadinsky, Rusia. Beliau adalah anak kedua daripada tiga beradik dan datang daripada keluarga yang menganut agama Islam. 


Kredit Foto: Bloody Elbow


Beliau mempunyai seorang abang bernama Magomed dan adik perempuan bernama Amina. Keluarganya kemudian berpindah ke Daerah Korovaul kerana ayahnya Abdulmanap Nurmagomedov, mahu berjinak-jinak dalam bidang kejurulatihan sukan beladiri. Ayahnya telah membuka sebuah gimnasium untuk melatih atlit yang berpotensi.


Kredit Foto: MMA Core

Permulaan Minat Dalam Seni Bela Diri



Kredit Foto: Twitter


Melihat kejayaan ramai atlit di bawah pengurusan ayahnya telah memupuk minat Khabib terhadap sukan bela diri. Ayahnya sendiri adalah seorang  bekas tentera dan ahli sukan termasuk gusti, judo dan sambo. Melihat minat Khabib, ayahnya telah mereka teknik latihan khas untuknya, termasuk bergusti dengan beruang!


Kredit Foto: Youtube

Permulaan Kerjaya MMA


Kredit Foto: Carian Google


Khabib memulakan kerjaya professional dalam mixed-martial art (MMA) pada September 2008 dan mengejutkan ramai penganalisis sukan itu apabila memenangi 4 perlawanan awalnya dengan mudah. Pada 11 Oktober tahun yang sama, Khabib dinobatkan sebagai Juara Piala Atrium mengalahkan beberapa ahli MMA yang jauh lebih senior. Sehingga tahun 2011, beliau memenangi semua kejohanannya tanpa kalah. Beliau kemudiannya menyertai siri ProFC dan menang dalam kesemua 7 perlawanan. Kerana rekod cemerlangnya di dalam beberapa siri pertandingan di Rusia dan Ukraine, Khabib telah dijemput untuk menyertai liga pertandingan MMA bertaraf paling tinggi di dunia iaitu Ultimate Fighting Championship (UFC) pada penghujung tahun 2011.


Kredit Foto: cuteurl.com


Prestasi di UFC

Sejak 2011, Khabib telah menguasai arena mixed martial art dengan mengalahkan kesemua pesaingnya. Daripada 26 pertarungan besar, beliau menang dengan kiraan 26-0 termasuk 8 kemenangan secara knock-out dan 8 lagi kemenangan secara submission.

 

Kontroversi Pertarungan Dengan Conor McGregor

Pada 3 Ogos 2018, telah diumumkan pertembungan di antara Khabib dengan Conor McGregor untuk mempertahankan kejuaraan  UFCnya. Perlawanan itu yang digelar UFC 229 dan telah berlangsung pada 6 Oktober 2018 di Los Angeles di mana Khabib telah menewaskan Conor pada pusingan keempat melalui kiraan submission. Dominasi Khabib dalam perlawanan itu telah menjadi buah mulut ramai.


Kredit Foto: Carian Google


Selepas diumumkan memenangi pertarungan dengan Conor, Khabib telah melompat keluar daripada gelanggang dan menyerang Dillon Danis, orang kanan Conor kerana menghina agama dan asal-usulnya. Sewaktu Khabib dan sepupunya Abubakar Nurmagomedov cuba keluar daripada dewan pertarungan, satu pergaduhan sengit telah berlaku apabila Conor campur tangan dan menumbuk Abubakar pula. Susulan itu, keadaan menjadi semakin kecoh apabila beberapa penyokong kedua belah pihak mula masuk campur.


Kredit Foto; Total Pro Sports

Berikutan kejadian itu, pihak penganjur pertarungan iaitu NSAC telah menahan wang hadiah kemenangan Khabib sehingga siasatan selesai. Khabib muncul dalam media untuk meminta maaf dan mengatakan dia sekadar mempertahankan dirinya apabila agama dan negaranya dihina oleh penyokong Conor.


Kehidupan Peribadi


Kredit Foto: Sherdog Forum

Khabib sudah berkahwin pada Jun 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan dan lelaki. Beliau sering menyatakan rasa bangganya sebagai orang Degastni Avar dengan memakai topi tradisi dipanggil papakha. Di media sosialnya, bintang MMA yang meminati pemain bola Christiano Ronaldo ini juga gemar berkongsi rutin hariannya termasuk aktiviti keagamaan.


Kredit Foto: Instagram

Nampaknya bintang Khabib akan terus menyinar dan diharapkan beliau dapat menjaga panas barannya supaya tidak mempengaruhi prestasinya di masa hadapan.- CARI 

4

Bagus
16

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 10-12-2018 06:29 PM
connor mc gregor mr tap chiken little chicken ireland.. shame on you connor mc gregor.. you are disgusting fighter.. khabib is real fighter.

#KhabibKickFloydMayweatherAss
Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 06:48 PM
CiliPadiSedap replied at 10-12-2018 06:29 PM
connor mc gregor mr tap chiken little chicken ireland.. shame on you connor mc gregor.. you are disg ...

Saya nak dia lawan Connor sekali lagi sis walaupun dah menang

Sebab Connor tu berlagak dan mulit lancang
Quote CiliPadiSedap 10-12-2018 07:01 PM
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 06:48 PM
Saya nak dia lawan Connor sekali lagi sis walaupun dah menang

Sebab Connor tu berlagak dan muli ...

Connor to puppet  dana white.. masa connor kena bawa mahkamah dana white yang settlekan.. dana white nak buat floyd lawan khabib. Tp khabib cerdik dia xkan lawan boxer sebab tu bukan game dia. Cuma on point money maker khabib rugi lawan floyd atleast blh buat hundred million.which is bukan semua sportmen dapat peluang begitu
Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 08:35 PM
CiliPadiSedap replied at 10-12-2018 07:01 PM
Connor to puppet  dana white.. masa connor kena bawa mahkamah dana white yang settlekan.. dana whi ...

Lawan Floyd ada hatapan Khabib kalah sis

Tapi yg penting duit dia dapat memang besar kalau lawan dgn Flyod ni
Quote chinta89 11-12-2018 10:00 AM
hensem dia ni. muka wife x nak tunjuk ke
Quote Orix 11-12-2018 10:20 AM
Takde pulak yg nk komen psal aurat ke. Termasuk la dai2 fonen yg duk up gmbar dia ni kt IG sbg sokongan sbb menang lawan mcgregor aritu tp entah tgok ke tak perlawanan diorg... takde pulak penunggang2 agama ni nak suruh dia ni tutup aurat ke hapa
Quote mrs_salvatore 11-12-2018 11:55 AM
mmgla juara tak penah kalah
strategi heols kalau opponent tu kuat, heols akan tarik diri
pastu penah gak masa intebiu, bini tengah beranak, heols tgglkan jek sbb nk tumpu pd MMA
heols ckp ngape nk temankan bini die beranak, tu tugas bini heols kot
pastu kutuk connor takut bini
sejahat2 connor tu pun, bini beranak heols amek cuti jugak
nmpk sgt heols nih islamic tp islamic jenis merendahkan wanita
Quote Sang_Pencinta 11-12-2018 12:19 PM
mrs_salvatore replied at 11-12-2018 11:55 AM
mmgla juara tak penah kalah
strategi heols kalau opponent tu kuat, heols akan tarik diri
pastu pen ...

Oh macam tu ke perangai dia ni?

Ala2 layan bini mcm orang bawahan ke
Quote raxief 12-12-2018 03:39 PM
nurma-go-medov.. susah jugak nak sebut

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.046282 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top