CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pedas Berapi, Ini Asal-Usul Samyang Ramen Yang Anda Tidak Tahu

13-11-2018 04:22 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 16737| Komen: 56|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Sebut sahaja mengenai Samyang, semua pasti sudah tahu apakah ia. Sejenis mi segera atau ramen yang popular dari Korea Selatan. Populariti Samyang ini dikuatkan lagi dengan demam K-Pop yang melanda anak muda merentasi benua. 

Lantaran itu, remaja khususnya terikut-ikut gaya hidup penduduk Korea yang gemar menikmati sajian ramen.

kredit foto : hancinema. net

Samyang yang popular dengan kepedasannya, sangat digemari ramai termasuklah masyarakat di Malaysia, sehinggakan banyak syarikat pengeluar mi segera tempatan di Malaysia berusaha menandingi Samyang dengan mengeluarkan produk mi segera pedas.

Kredit foto : elevenia.co.id
Namun, tahukah anda asal-usul pembuatan Samyang? Jom baca secara ringkas cerita di sebalik tabir ramen sedap ini. 

Syarikat Samyang Food ditubuhkan oleh Jeon Jung Yoon sejak tahun 1961 lagi. Syarikat inilah yang menghasilkan mi segera Korea yang pertama pada tahun 1963. Pada waktu itu, negara Korea mengalami masalah kekurangan stok makanan, maka mi segera merupakan penyelamat mereka yang kebuluran. Justeru, mi segera menjadi makanan ruji yang kedua di Korea. Maka, tidak hairanlah sehingga hari ini rakyat Korea tidak henti-henti makan ramen. 

Ilham pembuatan mi segera ini tercetusnya apabila pengasasnya melawat ke negara Jepun. Mi ramen telah pun wujud di Jepun pada ketika itu. Hasil bantuan daripada kementerian, beliau berjaya membeli teknologi mesin untuk menghasilkan mi segera ini. 

Inilah mi ramen yang pertama sekali dihasilkan. Mi pertama adalah mi perisa sup ayam. Ketika itu, mi pedas belum lagi diwujudkan. Idea untuk menghasilkan mi pedas hanya tercetus apabila sajian ayam pedas tiba-tiba menjadi popular di Korea. 

Mi ramen yang pertama oleh Samyang Food (Kredit foto : samyangfood. com) 

Samyang Food bukan sahaja menghasilkan mi ramen. Ia juga memiliki Samyang Farm; sebuah ladang ternakan lembu yang dijaga dengan baik bagi menghasilkan produk tenusu yang berkualiti untuk dijual. 

Jeju Milk merupakan produk tenusu Syarikat Samyang (Kredit foto : samyangfood.com)
Samyang Farm terletak di Daegwallyeong (Kredit foto : samyangfood. com) 

Samyang Food telah mendapat tiga jenis sijil dan antaranya ialah sijil halal. Sijil ini dipamerkan sendiri oleh Samyang Food di laman sesawangnya. 

Kredit foto : samyangfood.com

Mi segera Samyang halal kini boleh didapati dalam pelbagai perisa. Antaranya perisa pedas original, kari, keju, karbonara, stu, jjajang dan mala. Setiap perisa mempunyai keunikan tersendiri. 

Enam jenis perisa samyang (Kredit foto : ebay) 

Begitulah serba sedikit mengenai samyang ramen kegemaran anda semua. Bagaimana? Perisa samyang yang mana satu yang anda paling suka? 

Jom saksikan video Spicy Samyang Challenge di bawah! 



Lepas ini, bolehlah challenge makan samyang dengan kawan-kawan. - CARI 

13

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
19

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 13-11-2018 04:46 PM
I lg suke versi mangku dari cup atau paket. Mee dia lg sedap dn xmuak
Y biasa dh boring, skg layan cheese je
Masala xsedap. Carbonara dgr noodle pakai pasta
Quote moonbug 13-11-2018 04:49 PM
Tak pernah makan lagi samyang ni
Quote Themilo 13-11-2018 04:52 PM
iols tak pernah makan pun samyang nih.. PPRT betul
Quote fushimi 13-11-2018 05:06 PM
walau iols selalu je berkuntum ke korea nung iols tak pernah makan mee ne

kesian kan iols
Quote MsKathryn 13-11-2018 05:15 PM
I penah try pedas original n keju je..
Quote sapeka 13-11-2018 05:31 PM
iols suka perisa cheese plastik kuning
second yg plastik itam tu
Quote Artemesiaa 13-11-2018 05:39 PM
Waktu musim sejuk sedap makan yang pedas bagi panas badan yang kesejukan
Quote umbut 13-11-2018 06:05 PM
Diorang kerap mkn mi camni x kena kanser ke..
Quote debab76 13-11-2018 09:35 PM
pebret meols carbonara. dap ngat. ari2 makan gitew!
Quote MissVixen 13-11-2018 09:37 PM
Paldo punya spicy seafood sedap ke?
Quote 234126 13-11-2018 09:50 PM
ingatkan pedas dia manje2 je sebab iol jenis boleh kunyah cilipadi tapi dah skali try pedas dia mcm terbakar kat bibir trauma taknak makan dah. Pedas pelik ntah taktau nak explain tapi sedap la
Quote EvieWanKenobi 13-11-2018 10:20 PM
perisa cheese plastik kuning
tu macam pelik..
Quote mialunar 13-11-2018 10:41 PM
X boleh nak makan .. baik kuning .. atau kaler hitam .. dua2 pedas .. menangis makan ..taubat dah
Quote salmon-suki 13-11-2018 11:22 PM
Penah try y ori ngn cheese..so far,xdpt menikmati rasa mee tu sbb dah ditutupi dgn rasa kepedasan y melampau..bt lidah jd numb..xbahaya ke utk deria rasa kita nanti ek?soklan serius ni..huhu~

Kalau usus mmg bahaya laa,thats why ada y tpkse dioperate kes obses ngn mee samyang ni...
Quote salmon-suki 13-11-2018 11:22 PM
Penah try y ori ngn cheese..so far,xdpt menikmati rasa mee tu sbb dah ditutupi dgn rasa kepedasan y melampau..bt lidah jd numb..xbahaya ke utk deria rasa kita nanti ek?soklan serius ni..huhu~

Kalau usus mmg bahaya laa,thats why ada y tpkse dioperate kes obses ngn mee samyang ni...
Quote BoongaKertas 14-11-2018 09:46 AM
iols rasa haritu yg 2x spicy tu. ia punya nangis mcm baru kena tinggal dgn boifren punya tahap "sedih". taubat meols nak try dah yg tu
Quote chinta89 14-11-2018 09:47 AM
bukan ke dulu ade mamat ni share kisah bini dia kena operate sb hari2 mkn samyang pedas hingga rosak perut?

bagi aku, sedap tu hilang sb tenggelam ngn kepedasan terlampau.

better Maggi Pedas Giler, even pedas tp tetap ade rasa enak.
Quote nora_balqis 14-11-2018 10:06 AM
tak pernah try lagi...ketinggalan btl sya nie
Quote princessjay 14-11-2018 10:18 AM
suke mkn samyang tp mmg pedas lh..xle mkn selalu.. yg maggi pedas giler tu pn ok.. boleh tahan pedas gak.. equal match to samyang korea ni..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049225 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top