Seorang budak perempuan didakwa membawa biskut yang bercampur abu mayat neneknya ke sekolah dan memberikannya kepada sembilan rakan untuk dimakan.
Memetik laporan Berita Harian, pelajar yang tidak dinamakan itu sendiri mendedahkan bahawa biskut yang diberikan kepada rakan sekolahnya bercampur abu mayat manusia. Menurut Leftenan Paul Doroshov, kejadian yang berlaku di Academy Da Vinci di Davis menyebabkan sesetengah pelajar termakan biskut itu tanpa mengetahui bahan tambahan terbabit. Tambah Doroshov, dakwaan pelajar itu boleh dipercayai kerana terdapat pelajar lain yang sedar terdapat bahan tambahan namun tetap makan biskut terbabit. Manakala seorang pelajar, Andy Knox memberitahu stesen televisyen tempatan KCRA, dia dalam perjalanan ke kelas apabila seorang pelajar muda tidak dikenali menawarkan biskut itu mengatakan ia mengandungi ‘bahan istimewa.’
“Saya ingatkan dia memasukkan dadah atau sesuatu. Justeru saya bertanya jika ia biskut ganja atau apa? Pelajar perempuan itu membalas tidak dan mengatakan ia abu mayat datuknya sebelum ketawa. Saya amat terkejut,” kata pelajar lelaki itu. Polis sedang menyiasat insiden tersebut, menurut beberapa laporan media, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap pelajar terbabit. Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Davis Joint Unified School District berkata, pelajarnya selamat dan ‘tiada risiko kesihatan’ terhadap sesiapa yang terbabit.- CARI
|
12
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT