Kebiasaan makanan lembu adalah rumput, namun bagi seekor lembu betina bernama ‘Tam’ di Kampung Batu 14, Pokok Sena di Alor Setar, makanan kegemarannya adalah biskut dan minum kopi O.
Memetik laporan Sinar Harian, pemilik lembu terbabit, Abdul Mutalib Chin memaklumkan Tam yang berusia 30 bulan akan ke halaman rumahnya untuk menikmati hidangan berkenaan sejak setahun lalu. "Selain biskut dan kopi O, Tam juga menyukai roti canai dan diberikan makanan itu sebanyak dua atau tiga kali seminggu." "Sebelah pagi dia akan makan rumput seperti biasa di laman rumah dan pada sebelah petang Tam akan panggil kami di depan ruang tamu luar. Memang kami tahu dia mahu biskut dan air kopi."
Abdul Mutalib berkata, lembu betina kacukan tempatan dan Bengali itu tidak pernah ditambat olehnya sejak lahir lagi. Jelasnya, biarpun berat Tam kini dianggarkan 150 kilogram namun haiwan tersebut tidak agresif dan akan segera datang kepadanya apabila dipanggil. "Tam lembu yang paling manja dan penuh kasih sayang pernah saya bela malah dia juga menyukai kanak-kanak apabila mahu bermain dengannya. Tapi yang lucunya walaupun berbadan besar, dia takut dengan seekor kucing belaan kami di rumah ini," katanya. Bekas pesara tentera itu berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjual lembunya itu kerana telah menganggapnya seperti ahli keluarganya sendiri. Menurutnya, sebanyak 30 ekor lembu dibelanya setakat ini.- CARI
|
17
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
10
Sedih |
16
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
KEBIASAAN makanan lembu adalah rumput atau dedak, namun bagi seekor lembu betina bernama 'Tam' di Kampung Batu 14, Pokok Sena, ia gemar memakan biskut, roti canai dan minum kopi O.
ADVERTISEMENT