Secara geografinya, Istanbul merupakan sebuah negara yang menarik kerana negara ini terdiri daripada dua buah benua iaitu Asia dan Eropah. Percampuran dua budaya ini menjadikan Istanbul adalah antara negara atau lokasi yang sangat menarik untuk diterokai.
Dahulunya, Turki pernah dipanggil dengan nama Kota Konstantinopel. Tentu sekali ramai yang tahu tentang kejayaan Raja al-Fateh dalam menawan Kota ini dari tangan kerajaan Rom pada suatu ketika dahulu. Oleh kerana Istanbul terdiri dari dua buah benua dan menyimpan banyak sejarah, tentu sekali banyak tempat-tempat menarik yang ada di sini. Berikut adalah antara tempat menarik yang anda harus singgah jika ke Istanbul. Masjid Biru Masjid Biru adalah mercu tanda di Istanbul. Masjid ini sememangnya menjadi kebanggaan masyarakat Turki. Nama rasmi masjid ini adalah Masjid Sultanahmet, yang terletak di sekitar Sultanahmet Square, Wilayaj Istanbul yang berada di benua Eropah. Daya tarikan di masjid ini ialah enam menaranya yang megah serta rupa bentuk kubahnya yang sangat-sangat menarik.
Dibina pada taun 1609, dinding masjid dihiasi dengan batu ceramik berwarna biru serta berbagai ornamen abstrak yang memiliki nilai seni yang tinggi. Hagia Sophia Hagia Sophia pada mulanya berfungsi sebagai gereja Ortodoks. Dan kemudiannya pada taun 1935, pernah dijadikan sebagai masjid. Dan kini, Hagia Sophia telah dijadikan muzium. Terletak berseberangan dengan Masjid Biru, Hagia Sophia menyimpan sejarah tersendiri terutamanya saat-saat kemenangan tentera Islam mengalahkan tentera Rom untuk menawan kota ini. Sesiapa yang melihat muzium ini sudah pasti akan terpana dengan keindahannya. Grand Bazaar Buat kaki shopping tu, kalau ke Turki jangan lupa untuk singgah di Grand Bazaar. Bazaar ini adalah tempat membeli-belah terbesar yang sudah berusia 500 tahun tetapi tetap menjadi pilihan para pengunjung tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Cuba anda bayangkan, terdapat 5000 kedai yang menjual dan menyediakan pelbagai pilihan barang. Tentu sekali ianya sesuatu yang berbeza kan? Hippodrome Hippodrome ini adalah sebuah dataran yang letaknya bersebelahan dengan Masjid Biru. Sekali pandang, binaan Hippodrome ini umpama binaan di zaman freemason yang terdapat di kota-kota terkenal seperti Dubai, Vatican City, Washington malah Putrajaya. Miniaturk Miniaturk adalah sebuah taman yang menempatkan 105 monumen-monumen kecil senibina dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Othmaniah. Model-model ini termasuklah semua destinasi popular atau tempat menarik di Turki. Bayaran untuk masuk ke sini adalah RM15 iaitu 10 TL. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Turkey yang anda boleh singgah jika bertandah ke sini. Ingat, sebelum datang ke sini buat sedikit kaji selidik kerana Turki adalah sebuah negara yang amat banyak tempat menarik. Selamat bercuti! - CARI |
3
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
drivethru replied at 18-10-2018 05:52 PM
Dah sampai sana. Tapi x tahu kenapa x teringin nak repeat ke sana. Tak macam negara lain.
EvieWanKenobi replied at 18-10-2018 08:18 PM
kenapa sis? tak best kah?
iols teringin pergi tempat snow-nya..
nefnefnef replied at 4-4-2019 07:03 PM
Kat Hagia Sofia rasa kagum tengok Christian and Muslim architecture elements dalam satu building. Ye ...
ADVERTISEMENT