Aduh! Dah memang musim jutawan kosmetik buat lagu sekarang ya? Selepas Dato Seri Vida popular dengan lagu I Am Me, Dato Aliff Syukri dan Sajat pula dengan lagu Bobo Di Mana, kini Safiey Ilias pula mencuba nasib. Lagu berjudul Syinta Gila ciptaan Ressa Herlambang (komposer Indonesia) dikatakan sedap hingga membuat pendengar pula serba salah. Maklumlah tidak mahu dikatakan menyokong pembabitan LGBT sebenarnya, tetapi dalam masa tidak menafikan lagu Syinta Gila ini catchy hingga terngiang-ngiang di telinga. Ramai netizen bersetuju dengan pendapat tersebut kerana lagu yang berdurasi selama 3 minit 20 saat ini kedengaran tenang di telinga. Melodinya sangat mesra hingga pendengar boleh mengikut rentak lagu tersebut. Tetapi, sayang seribu kali sayang kerana ia dinyanyikan oleh 'lelaki cantik' iaitu Safiey Ilias membuatkan feel menghayatinya berbelah bahagi. "Aku hanya seorang wanita, dah kenapa Safiey ni? Jangan lepas ni buat muzik video pelik-pelik la pula ya." Ada juga pendengar yang membandingkan Syinta Gila dengan lagu Bobo Di Mana serta mendakwa lagu Safiey ini jauh lebih sedap dan tidak memualkan. Malahan suara Safiey juga kedengaran lebih 'natural' walaupun ada beberapa bahagian ada suara kepit. Yang sebenarnya lagu ini menjadi sedap kerana telah di auto-tunekan di studio. Biarpun lagu ini dikatakan sedap didengar, namun bagi segelintir pendengar muzik tanah air, mereka bertanggungjawab untuk tidak menyebar luaskan lagi pengaruh golongan LGBT ini di media sosial. Lalu mereka membuat laporan mengenai lagu ini di media sosial. Malahan ada yang mengugut jika lagu ini bersiaran di radio tempatan, akan memboikot saluran tersebut. Susah juga ya apabila lagu yang catchy tetapi terpaksa diboikot pula gara-gara penyanyinya adalah golongan minoriti yang mengamalkan gaya hidup songsang. Jadi, kita tunggu sahaja maklum balas mengenai sambutan lagu ini dan video klipnya nanti. Adakah fenomena penolakan lagu Bobo Di Mana terkena tempiasnya pada lagu Syinta Gila? Sama-sama kita nantikan. - CARI |
18
Bagus |
19
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
oak.balustrade replied at 17-10-2018 05:32 AM
Tukar ajelah tajuk lagu jadi Pudin Gila
fushimi replied at 17-10-2018 01:26 PM
memang best tapi sayang
kalau ayda jebat nyanyi pun best gak neh
ADVERTISEMENT