CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Datang Period Pun Nak Heboh Di Media Sosial Ke? Buat Malu Je!

17-10-2018 01:22 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10795| Komen: 42|Original author: Oleh: Whitney


Menstruasi atau datang haid dalam kalangan wanita adalah perkara yang sudah diketahui umum. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang pelik atau memalukan sekiranya seseorang wanita itu didatangi haid setiap bulan. Pengetahuan tentang haid bukan sahaja perlu diambil tahu oleh golongan wanita sahaja tetapi golongan lelaki juga digalakkan untuk mempunyai kefahaman tentangnya agar mereka lebih memahami kesakitan dan perubahan emosi yang berlaku kepada wanita terutamanya yang mempunyai ahli keluarga perempuan dan isteri. 

Bagaimana pun, waktu dan tempoh wanita yang datang haid tidak perlu dihebohkan kerana ia merupakan perkara yang sulit kepada umum. Cukuplah jika ia diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja yang mana boleh membantu meringankan kesakitan dan memahami perasaan mereka yang didatangi haid. Ini kerana, gejala datang haid tidak sama bagi semua wanita. Ada yang mengalami kesakitan yang melampau dan ada yang biasa-biasa sahaja. 


Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mengecam status seorang wanita yang memberitahu dirinya sedang didatangi haid dan melahirkan perasaan yang sangat bahagia apabila teman lelakinya menghantar ubat dan produk yang boleh mengurangkan kesakitan menstruasi. Baginya, perkara sebegitu adalah sangat memalukan dan tidak perlu diberitahu di dalam media sosial agar diketahui orang ramai. 

Menariknya, lelaki ini turut membuat undian tentang perkara tersebut bagi mengetahui adakah perkara tentang mentruasi itu wajar dihebohkan atau perlu disorok kepada umum. Keputusan undian menunjukkan ia tidak patut diberitau tentang status datang haid di media sosial kerana wanita perlu ada perasaan malu tentangnya.

Undian patut malu ke tak? 


Malu la sikit, benda macam ni pun nak kongsi ke?

Rata-rata netizen yang memberi komen kepada status lelaki ini juga tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut yang menayangkan dirinya sedang didatangi haid di media sosial. Ia menunjukkan bahawa wanita tersebut sudah hilang sifat malu dalam dirinya. Memang tidak patut hal datang haid dikongsi kepada umum. 

Wanita tersebut balas kecaman

Wanita tersebut turut memberi respon dan membalas kecaman yang diterimanya dalam status lelaki ini. Ramai netizen lelaki tidak selesa apabila golongan wanita terlalu bersiakap terbuka sehingga memberitahu mereka sedang didatangi haid di dalam media sosial kerana setiap wanita perlu menjaga aib diri dan mempunyai sifat malu. 


Sekadar kongsi produk legakan menstruasi

Tetapi, ada netizen yang cuba mengambil positif daripada status wanita itu di twitternya. Ini kerana, ada dalam kalangan wanita sendiri yang tidak pernah tahu tentang produk yang boleh melegakan kesakitan ketika menstruasi. Jadi, mereka menganggap wanita ini secara tidak langsung ingin berkongsi cara mengurangkan kesakitan ketika haid. 

Walau bagaimana pun, bagi wanita-wanita yang suka bercerita di media sosial, jangan terlalu bersikap terbuka sehingga perkara-perkara yang memalukan diri diketahui umum. Bukan semua perkara boleh dikongsi di media sosial kerana ia boleh mengundang kecaman dan risiko kepada diri sendiri. Setuju tak? - CARI 

40

Bagus
32

Marah
20

Terkejut
22

Sedih
28

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 17-10-2018 01:47 PM
x malu nya...konon2 nk bgtahu satu dunia pakwe prihatin sgt ke
gedikkk sgt aiihhh
mcam dia sorang jerk ada benda alah tu
Quote oak.balustrade 17-10-2018 01:48 PM
Disebabkan viral lah iols gigih cari menstruheat ni. Takyah susah payah pakai hot bag lagi
Quote mieymiey 17-10-2018 01:52 PM
Spesis Sajat. Tapi Sajat lagi rare la kan, siap dengan pad berdarah dia upload.
Quote Meiizu 17-10-2018 02:00 PM
laaa masa sajat dulu kecoh org komen ..''''pompuan sbenar takkan annouce dia period'''.
abis tu ko ni real pompuan ke dak
Quote ayorsuam 17-10-2018 02:04 PM
Sejak bila Menstruheat ni wujud? Nasib baik budak ni tunjuk, kalau tak sampai sudah la aku tak tau...
Quote cik_sssara 17-10-2018 02:15 PM
Orang zaman sekarang, mana nak tahu malu dah. Yang penting dapat perhatian.

Aib orang kita kena jaga, apatah lagi aib diri sendiri. Fikir 2-3 kali sebelum bertindak.


Quote puanbintang 17-10-2018 02:28 PM
malula oiii...dah netize  tegur pon, awak meroyan..org tegur utk kebaikan..mgla twitter awak, tp fikir dulu dek mana elok mana tak.
Quote Artemesiaa 17-10-2018 02:30 PM
Gilakan perhatian je suka buat kerja cam ni
Quote prettyuglybabe 17-10-2018 03:27 PM
bila period umum satu dunia..
bila tak period senyap-senyap pulak..
tau-tau meletup dalam jamban..
anyway, tunggu nanti kawin dek..
tengok sejauh mana sweet jantan hang tu..
Quote armin 17-10-2018 03:37 PM
Apa nak malu? Masa belajar time form 3 malu ke? Bodoh2 netizen ni. Semua perempuan ada period la. Meleis otak sempit je malu dgn semua ni. Kesian family perempuan n bini dpt laki camni
Quote armin 17-10-2018 03:37 PM
Apa nak malu? Masa belajar time form 3 malu ke? Bodoh2 netizen ni. Semua perempuan ada period la. Meleis otak sempit je malu dgn semua ni. Kesian family perempuan n bini dpt laki camni
Quote kucingitam 17-10-2018 03:38 PM
aku ingat sajat yang upload tadi...
Quote MelZ_Eulalia 17-10-2018 04:09 PM
saje nak tunjuk pakwe sweet ler tew
Quote serawadurian 17-10-2018 04:22 PM
Nak tergelak tgk bdk2 muda jaman skang. Acik dah nk monopos ni..agak2 perlu x hebah kat socmed
Quote Idgaf 17-10-2018 04:30 PM
iols baru tau ada mens pad tu. selalu makan pil pink tu je. thanks dek twitter
Quote nishikido 17-10-2018 05:09 PM
Tak perlu malu pasal period.. nothing to hide pon sebab dari zaman tok nenek sampai sekarang orang perempuan kena deal dengan period every single month.. please gaiss, it's 2018,bukan 1950.. open ur mind please.tapi show off bf acah prihatin tu annoying gak lah.bf je kot,ingat dia acah care tu saja2 ke..tunggu lah period ko habis nanti,lulz..
Quote hasniey 17-10-2018 06:03 PM
Tp pelik kan.kenapa nk malu period?benda normal.semua prmpuan dtg period.tp kenapa kene malu dgn lelaki?bukan kita g tunjuk pon darah2 tu semua...kalau tunjuk pon sepatutnye geli bukan malu.sampai nak beli pad pon malu2.
Quote VuJiE 17-10-2018 07:13 PM
nothing to hide pun.....
Quote salmon-suki 17-10-2018 08:32 PM
Rasanya die ni saje je nk attract attention..bnde y konon2 bf bg something once the gf said sakit cuz period dah lama wujud di alam barat sana,tak caya,sila baca compilation text romantic btw gf/bf..and bnde2 gini bley generate sendiri..
Ntah2 pmpuan tu beli sendiri je..i dont think guys know what mens pad is,sbb ai as gegel pn xtaw kewujudan bnde ni..kekeke~kalau setakat pil tu taw ler..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.102851 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top