Bapa durjana, tergamak merogol bayi perempuannya yang baru berusia sebulan. Bukan itu sahaja, Patricio Medina, 27 dipercayai sedang khayal syabu ketika mengasari bayi tersebut sampai patah kaki dan tulang rusuknya.
Dia juga turut memicit tulang rusuk bayi berkenaan, menggoncang dan menghempas badan bayi tersebut pada badannya sendiri. The Mirror melaporkan Medina turut disabitkan dengan tuduhan melakukan seranganseksual yang teruk terhadap kanak-kanak yang berusia kurang dari enam tahun, dua pertuduhan mencederakan dan dua lagi tuduhan membahayakan kanak-kanak.
Dia disabitkan bersalah ke atas ketiga-tiga kesalahan dan dihukum penjara 80 tahun untuk setiap kesalaha di mana hukuman itu dijalankan serentak. Pendakwa, Gabrielle Massey, memberitahu hakim: "Apa lagi jenayah lebih teruk dilakukan bagi seseorang yang sepatutnya menyayangi dan melindungi sebuah kehidupan yang dibawa ke dunia ini, sebaliknya, dia merosakkan tubuhnya untuk memenuhi nafsu seksual. "Semua bayi perlukan kasih sayang dan keselamatan dan lelaki yang sepatutnya memberikan perkara itu telah mengajarkannya satu kengerian di dunia. "Syukur dia tidak membunuh si kecil, tetapi dia telah membunuh jiwanya." Medina juga didenda sebanyak AS$10,000 (RM41,575), penjara sekurang-kurangnya 80 tahun sebelum dia layak diberi parol. Selain Medina, ibu bayi berkenaan, Lisa Montoya, juga didakwa kerana mengabai dan membahayakan kanak-kanak. -CARI
|
16
Bagus |
22
Marah |
23
Terkejut |
16
Sedih |
38
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT