Sejak kemunculan laman media sosial, ada satu keghairahan yang sukar dibendung dalam kalangan ibu-ibu iaitu memaparkan kecomelan anak-anak mereka. Tidak mengira sama ada golongan artis, insta famous, sosialite mahupun orang biasa, kelihatan ramai ibu berlumba-lumba mengumpul jumlah pengikut yang banyak demi kepuasan diri sendiri. Ada di antaranya sanggup membeli baju berjenama mewah lagi seksi demi mendapatkan jumlah 'like' dan komen yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung membuatkan generasi Alpha tersebut digrooming hinggakan penampilan mereka sendiri kelihatan seperti wanita dewasa. Tidak padan dengan baju seksi, mereka bergaya pula dengan aksesori wanita dewasa. Tetapi, awas! gambar-gambar ini sebenarnya menarik perhatian manusia yang mengalami gangguan jiwa. Golongan ini sanggup menganiayai kanak-kanak sama ada secara fizikal atau pun mental. Mereka dikenali sebagai kumpulan pedofil iaitu lelaki atau wanita dewasa (segelintir) mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak.
Dengan baju ala-ala berkemban, seluar pendek paras peha, beg tangan serta solekan dan rambut yang didandan menyamai penampilan wanita dewasa membuatkan kanak-kanak ini sendiri lebih matang daripada umurnya. Fenomena tidak sihat ini menjadikan dunia yang kita tinggal ini bertoksid, kerana mengundang mata-mata jahat untuk 'membogelkan' objek pemuas nafsu mereka. Siapa lagi jika bukan golongan pedofil yang menjadikan kanak-kanak sebagai fantasi mereka. Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan gambar tersebut adalah sekadar berkongsi kecomelan budak tersebut. Majoriti netizen berpendapat yang kanak-kanak tidak boleh diajar berpakaian sebegitu kerana ia mengundang lebih banyak mudarat berbanding kebaikan. Apatah lagi ia dikongsi di media sosial yang membuatkan siapa sahaja boleh mempunyai akses untuk menyerang kanak-kanak tersebut. "Bila ibu bapa jadikan anak sebagai bahan sosial media, kanak-kanak lain pula yang menjadi mangsa." Pertubuhan Hak kanak-kanak sedunia sudah pun mengharamkan penganjuran peragaan kanak-kanak. Ini jelas menunjukkan kesedaran bahaya dunia maya terhadap kanak-kanak di luar negara sangat dititikberatkan berbanding kurangnya kesedaran hal ini di Asia. Jadi, anak berpakaian seksi salah siapa? "Satu lagi, mak ayah yang dye rambut anaknya dan simpan ekor, bagi pakai rantai besi. Nak ajar anak jadi samseng ke?" Betul juga, jika dilihat gaya segelintir kanak-kanak ini, yang beriya-iya menjadikan mereka ini 'dewasa' ini ialah ibu bapa sendiri. Ini mungkin disebabkan ibu bapa tidak merasa bergaya ketika mereka kecil membuatkan mereka mahu anak-anak merasainya. Tetapi, adakah ini berbaloi dengan keseronokan yang mereka cari? Ramai netizen berpendapat anak-anak perlu menikmati zaman kanak-kanak mereka. Selekeh di zaman ini adalah perkara biasa. Dengan rambut kusut masai, baju kotor, panjat pokok dan sebagainya adalah momen yang harus diingati oleh mereka. Tidak perlu ibu bapa bersungguh-sungguh mahu mereka menjadi dewasa melalui pakaian sebegini yang hanya akan menyumbang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Hal ini kerana pedofilia sangat tidak boleh dijangka. Alangkan kanak-kanak yang berpakaian biasa pun boleh mengundang naluri tidak waras mereka, apa lagi melihat kanak-kanak comel ini berpakaian seksi sebegini. Melihat senario sebegini sepatutnya ibu bapa di luar sana sedar dengan apa yang mereka hadapi. Mungkin anak mereka yang seksi itu tiada masalah kerana diawasi 24 jam, tetapi bagaimana dengan nasib kanak-kanak lain yang lebih terdedah dengan pemangsa yang hanya menunggu masa untuk memusnahkan masa depan mereka? - CARI |
17
Bagus |
15
Marah |
25
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
justchu replied at 16-10-2018 12:54 PM
Ye btl salah pedo tu la. Budak tu bukan salah apa pun. Kalau budak tu bogel sekali pon mmg tak bersa ...
mieymiey replied at 16-10-2018 05:01 PM
Ko nak bandingkan dengan retis seksi tak sesuai la dek.
Budak ni makpak yang bagi pakai dia baju.
...
seri_mawr replied at 16-10-2018 04:56 PM
betul...
si pedo yang giler.....
ADVERTISEMENT