KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kerajaan tidak perlu melayan desakan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang membantah pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah berkata, desakan demi desakan yang dilakukan oleh Dong Zong akan menggagalkan PPPM sedangkan mereka tidak jelas apa kandungan pelan tersebut. "Jika dikaji dengan mendalam kandungan PPPM itu, kerajaan sesekali tidak pernah meminggirkan mana-mana bahasa ibunda, malah kerajaan menggalakkan lagi pelajar mendalami bahasa lain," katanya dalam sidang akhbar Gerakan Kesederhanaan Global Foundation (GMMF) di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Dong Zong yang menganggap pelaksanaan PPPM kononnya akan menghapuskan bahasa Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Saifudin yang baru dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GMMF memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa ada usaha tertentu daripada pihak Dong Zong untuk berunding dengan kerajaan berkaitan hal ini. Katanya, kerajaan tetap mengambil kira semua pandangan pelbagai pihak demi memastikan PPPM dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tambah beliau, adalah tidak benar kerajaan tidak mengambil peduli pandangan Dong Zong kerana semua bahasa diberi layanan sama rata untuk dikuasai oleh pelajar. "Kerajaan tidak ketepikan mana-mana bahasa ibunda lain sama ada Cina atau Tamil. Tetapi mereka kena faham asasnya bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, semua kena tahu dan faham. "Kalau bahasa Melayu pun sukar difahami, bahasa apa yang hendak kita gunakan lagi," katanya. Saifudin menambah, beliau percaya kerajaan telah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keadaan ini tidak boleh diubah sesuka hati mengikut kehendak atau kepentingan satu pihak sahaja. Ujarnya, beliau mahu semua kaum menerima dengan hati terbuka tentang PPPM kerana kerajaan telah mempertimbangkan sebaik-baiknya sebelum dilancarkan
|
Acong posted on 15-9-2013 07:05 AM
Dong Zong Chairman, Dr. Yap Sin Tian, Has Faked Doctorates!
Posted on March 31, 2012 by editor
ADVERTISEMENT