Semua orang tahu bahawa Paris merupakan ibu kota romantis di dunia. Ia juga telah banyak memberi inspirasi kepada artis seperti Hemingway, Balzac, lagu-lagu cinta dan pelukis-pelukis terkenal.
Anda perlu datang sendiri ke Paris untuk memahami mengapa ia telah banyak mempengaruhi artis-artis ini. Kali ini kami ingin berkongsi 10 gambar lokasi-lokasi indah di Paris. Selamat menjamu mata! Arc de Triomphe Ini adalah antara lokasi wajib dikunjungi. Memang sesuai di Instagram kan! Musée de l'Orangerie Musée de l'Orangerie terletak di hujung Taman Tuileries. Di sini anda boleh menyaksikan lukisan Monet yang terkenal iaitu Nymphéas (Water Lily) yang dijadikan mural. Sacré-Coeur Pemandangan dari atas bukit di sini sangat menakjubkan. Anda boleh melihat pemandangan sekeliling kota Paris! Parc des Buttes-Chaumont Di sini terdapat cerun, tasik dan juga air terjun. Sesuai untuk anda menenangkan diri sebentar. Sainte-Chapelle Anda perlu menaiki tangga untuk ke atas dan menyaksikan seni bina bercirikan gothik ini. Jardin des Tuileries Terletak di lokasi yang sempurna, dari sini anda boleh melihat Louvre dan juga Place de la Concorde. Anda pasti bakal mengagumi taman bercirikan abad ke-17 ini! Rue Crémieux Lagi lokasi sempurna untuk berfoto-foto! Galeries Lafayette Bagi anda yang mempunyai bajet untuk membeli-belah, disinilah tempatnya! Musée du Louvre Menempatkan potret Mona Lisa dan banyak lagi karya seni terkenal yang lain, penggemar seni wajib berkunjung ke sini! River Seine Setelah penat seharian berjalan, waktu petang anda boleh berehat sebentar di kawasan ini. Memang indah mata memandang! Kumpul duit dari sekarang, tahun depan dah boleh melawat Paris! Selamat melancong! -CARI
|
17
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
uda replied at 16-10-2018 03:37 PM
I beradabdi Paris now.
Biasa2 aje tempat2 tu. bangunan kat sini semua bangunan2 lama
Champ Alsees( ...
ADVERTISEMENT