CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Macam Ni Best Pun Boleh Terkeluar" - Diana Rafar Tak Puas Hati Elite Terkeluar GV5

15-10-2018 03:06 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 30484| Komen: 249|Original author: Oleh: Azza





"Macam ni best pun boleh terkeluar, takpelah kan ni soal rezeki, bukan pasal aku adik Elite."

Gegar Vaganza minggu ketiga menyaksikan penyingkiran trio Elite yang mendapat markah terendah di antara 11 peserta lain. Ketua jurinya, Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan mereka sebagai 'teknikal maut'.

Biarpun ramai yang tampak berpuas hati dengan penyingkiran tersebut, namun ada juga peminatnya yang menganggap ia tidak adil termasuklah adik Linda Rafar iaitu Diana. Dia memuatnaik video nyanyian Elite dengan kapsyen tidak berpuas hati tentang penyingkiran tersebut. Dalam persembahan itu Elite mendendangkan lagu Kau Bahagia dendangan asal Melly Goeslow.



Bagi Diana, penonton mahukan hiburan serta merindui kegemilangan 'girls power' satu ketika dahulu. Jadi kehadiran kumpulan Elite sebenarnya membuatkan penonton mengimbau kembali kenangan manis tersebut. Namun dalam masa sama, Diana tidak mahu peminat hiburan mengaitkan komennya hanya kerana dia adalah adik Linda Rafar. Diana juga sempat menyatakan yang Elite sekarang boleh tidur awal pada ahad malam.

Pendapat Diana disokong oleh para pengikutnya yang merasakan konsert Gegar Vaganza selepas ini tiada seri selepas kehilangan Elite.


Kredit foto: IG

Ramai yang menyatakan sepatutnya kumpulan Forteen yang disingkirkan kerana persembahannya yang kurang menarik. Bagaimanapun ada juga yang menyatakan memang adat pertandingan dan vokal Elite tidak sehebat artis lain, jadi perlu menerima hakikat tersebut.


Malahan, di laman sosial Instagram penaja utama, Aliff Syukri memuat naik perbualannya bersama kumpulan Elite bertanyakan mengenai penyingkiran Elite. Maka ramai peminat Elite mahukan kumpulan tersebut diserap kembali. Tetapi ramai juga yang tidak mahu kerana ini bukan konsert Akademi Fantasia yang mempunyai konsep #AFMasuk.



Kredit foto: IG

Setakat empat musim Gegar Vaganza sebelum ini, belum ada peserta yang disingkirkan kembali masuk. Jadi, adakah dengan desakan segelintir penyokong penyanyi, adakah ia akan diusulkan? Anda bagaimana? - CARI 
13

Bagus
24

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
24

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote non.sari 15-10-2018 03:08 PM
memang tak best dek diana..
akak tertido. elok elite abis performed, akak terus terjaga.
Quote manehnya 15-10-2018 03:09 PM
vokal Elite tidak sehebat artis lain


nampak semput, penat, vokal kelaut...

tu pun x sedo ke
Quote lilacomot 15-10-2018 03:10 PM
alahai perasan nye kata best...buta ke pekak??
Quote Denco 15-10-2018 03:11 PM
telinga ko kat mana diana?
aku tngok si linda nk kluarkn suara pn seksa
Quote mrsLucky 15-10-2018 03:11 PM
Improve a lot but not tapi vocal X setanding peserta lain.
Quote nuralisa 15-10-2018 03:11 PM
best apa mcm tu...
Quote mieymiey 15-10-2018 03:19 PM
Gambar bertiga kat atas tu nampak acik acik sangat.
Quote maharani_gebu 15-10-2018 03:19 PM
Dik Diana... 2x lupa lirik kot...
Tok Ram dah kabo dulu... lupa lirik is unacceptable...

Yes, Forteen pun hauk... but this week bukan turn diorg....

turn diorg NEXT WEEK
Quote Hessa 15-10-2018 03:20 PM
showmanship mungkin diorg ada, tapi dari segi suara mmg dari dulu pun biasa2 je..sedangkan penyanyi bersuara sedap pun kadang2 ada lari pitching nya, ini kan group elite yg semua tau sejak duluuuuuu lagi diorg hanya ada suara yg sangat biasa2 untuk industri seni suara ni..
Quote fushimi 15-10-2018 03:20 PM
memang tak best pun

suara pun kelaut

semua pun semput je
Quote ckenj 15-10-2018 03:21 PM
semput tgk nyer..
Quote zulka 15-10-2018 03:21 PM
elite ni dari mula2 dulu dengar kat radio atau keset boleh la layan...kalau buat live free pun aku tak kan tengok...dah tau mesti kelaut
Quote chazey 15-10-2018 03:24 PM
Best korokmu. Akak belom tone deaf huntok kata nyanyian gituh best yah!
Quote mixed 15-10-2018 03:25 PM
masa elite nyanyi iols pg toilet tepek mask kt muka dulo   

forteen nyanyi pg goreng kopok hahaha

so layak la terkuar
Quote Nenasketum 15-10-2018 03:25 PM
Dedulu pun cuma harapkan Abby keepci jer kan, yang lain memang sumbang mambang
Quote da_vinci 15-10-2018 03:26 PM
best kehaperaku tgk diana dan aza dah mcm makcik2 yang dimekapkan...sorry....turn forteen minggu depan...
Quote mandak20 15-10-2018 03:28 PM
Dah saingan hebat2 belaka. Memang takder org len lagi sesuai disingkirkan.
Quote multinicky 15-10-2018 03:29 PM
la, adik beradik ni msh harap talian hayat tok ram ke??
Quote multinicky 15-10-2018 03:32 PM
klu ko rase pemenat rmi sgt nk tgk elite, ape kata ko buat je konsert kan senang.. xpyh nk join gv pon xpe.. mmg btul pon elite ni dulu kini n selamanya teknikal maut.. showmanship je kdg2 best.. meols layan je lagu2 elite tanpa fikir pasal vocal semua.. tp dh name pon singing competition, mestilah aspek vocal tu paling ditetekberatkan..

Lihat semua komen(249)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.123984 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top