Pernah atau tidak anda mendengar dan merasa buah binjai? Buah ini juga ada yang panggil buah nadir. Uihh...sedap betul kalau binjai tu manis. Kalau masam-masam sedap dibuat sambal belacan tau. Nama saintifiknya Mangifera caesia. Binjai seangkatan dengan pokok bacang, kuini dan mangga adalah dalam keluarga Anacardiacea. Pokok buah Binjai selalunya ada dalam hutan, bersaiz sebesar sepemeluk dan tinggi . Tinggi pokok ini mencecah 40 meter. Buah ini biasanya perlu dipetik dan bukan menunggu ia gugur bagi menjaga kualiti dan keasliannya. Musim ia berbunga ialah pada Mac hingga April sementara tempoh matang sekitar Jun hingga Julai. Buahnya berbeza saiz, warna kulit dan memiliki rasa manis. Warna kulit berwarna coklat atau kuning sementara isinya berwarna putih dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15 sekilogram. Kampung penulis di Alor gajah , Melaka memang sinonim dengan penjualan buah binjai ini. Buah ini sentiasa mendapat permintaan bila tiba musimnya. Buah binjai sedap dimakan mentah bagi jenis yang manis dengan bau yang kuat bagi menarik sesiapa yang meminatinya. Memandangkan musimnya telah berakhir, mari tahun depan kita sama-sama cari buah binjai ini ya. - CARI |
12
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nolya: Buah ni sedap buat sambal belacan. Jenis yg masam dipanggil buah kemang dn di Sabah dipanggil buah belunu.
BedahBedul replied at 16-10-2018 01:18 PM
Awat hang tak bgtau awai2
meklalala replied at 16-10-2018 04:38 PM
mek tak makan buah ni tapi kalau buat sambal mek makan..rasanya buah ni bukan tiap tiap tahun berbua ...
monolog replied at 16-10-2018 04:43 PM
Kg saya ada je tiap-tiap tahun tapi ikut musimnya
umbut replied at 16-10-2018 05:30 PM
Sedap buat sambal belacan... terliuqqqq
cewekbopot replied at 17-10-2018 09:13 AM
macam belunu. tapi belunu manis...sedapnya....
ADVERTISEMENT