Dalam satu kejadian di Lebuhraya Damansara-Puchong pada 10.15 pagi semalam, seorang wanita dilaporkan bertindak keluar dari teksi dengan secara tiba-tiba dan meluru ke arah anggota polis trafik untuk meminta pertolongan.
Memetik laporan Berita Harian, anggota polis trafik yang berada di lokasi segera menghubungi ambulans untuk membawa wanita itu ke Hospital Sungai Buloh selepas dia mendakwa didera. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mangsa adalah warganegara Vietnam berusia 33 tahun dan berkahwin dengan lelaki rakyat Malaysia. "Mangsa dipercayai menaiki teksi di kawasan Puchong tetapi tidak memberitahu pemandu teksi ke mana hendak pergi."
"Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai melarikan diri akibat didera dan pemeriksaan di bahagian badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu." Tambah Mohd Zani, setakat ini mangsa tidak menjawab soalan pegawai penyiasat polis dan bantuan jurubahasa dari Kedutaan Vietnam di Kuala Lumpur akan diperoleh esok. "Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menambah polis juga sudah mengambil keterangan pemandu teksi berkenaan.- CARI |
31
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
33
Sedih |
31
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Vokuro replied at 11-10-2018 07:37 PM
Tahu mengandung kahwen dgn Malaysian etc itu siapa yg bagitahu sebab katanya tak menjawab pertanyaan ...
jazaa100 replied at 11-10-2018 08:15 PM
Laa....aku tgok gambor dia terbaring tu ingatkan style mcm tengah viral tu....
terbaring sebelah ...
ADVERTISEMENT