Khabar angin mengatakan Pengasas bersama Apple, Steve Jobs, meninggalkan sebuah esei kematian atau "Deathbed Speech". Beliau menulis esei itu ketika beliau sedang sakit di atas katil dan esei itu banyak menceritakan apa yang beliau rasa tentang kehidupan. Steve Job meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 kerana kanser pankreas pada usia 56 tahun. Antara petikan esei yang ditinggalkan beliau ialah:
Saya mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan. Di mata orang lain, hidup saya menjadi lambang kejayaan.
Walau bagaimanapun, selain dari kerja, saya hanya mempunyai sedikit kegembiraan. Pada akhirnya, kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya sudah biasa.
Pada masa ini, terbaring di atas katil dan sakit mengingati seluruh hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang menjadi kebanggaan telah pudar dan menjadi sia-sia dalam menghadapi kematian yang akan datang.
Dalam kegelapan, saya melihat lampu-lampu hijau dari mesin sokongan hidup dan mendengar bunyi-bunyi mekanikal yang menggelegak, saya dapat merasakan nafas tuhan dan kematian semakin dekat.
Sekarang saya tahu, apabila kita telah mengumpulkan kekayaan yang mencukupi untuk hidup, kita perlu mengejar perkara lain yang tiada berkaitan dengan kekayaan. Apakah katil yang paling mahal di dunia?
Katil sakit …
Anda boleh menyuruh seseorang memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda tetapi anda tidak boleh mempunyai seseorang untuk menanggung penyakit untuk anda.
Harta benda yang hilang boleh diganti tetapi ada satu perkara yang tidak dapat ditemui apabila hilang - Kehidupan.
Apabila seseorang masuk ke bilik operasi, dia akan menyedari bahawa terdapat satu buku yang belum selesai dibaca - Buku Kehidupan yang Sihat.
Walau dimanapun peringkat dalam kehidupan kita sekarang, dengan masa kita akan menghadapi hari apabila tirai diturunkan.
Nikmati cinta dan kasih sayang untuk keluarga anda, pasangan anda dan juga kepada kawan anda.
Jaga diri anda dengan baik. Gembirakan yang lain. Walaupun Steve Jobs meninggal dunia pada tahun 2011, esei yang disebutkan di atas hanya mula tersebar pada November 2015, dan belum disahkan oleh pengasas daripada Apple. Menurut kakak Steve, Mona Simpson sebelum Steve Jobs meninggal dunia, dia memandang kakaknya Patty, kemudian untuk masa yang lama dia memandang anak-anaknya, dan kemudian pasangan hidupnya, Laurene. Tiga kata-kata terakhir Steve ialah: OH WOW. OH WOW. OH WOW. - CARI |
9
Bagus |
27
Marah |
29
Terkejut |
23
Sedih |
13
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 17-10-2018 08:47 AM
OH WOW OH WOW OH WOW tu kira 3 kata ker?
ayumitan replied at 25-10-2018 03:55 PM
sila kunjungi dominoqq
domino99
CiliPadiSedap replied at 16-10-2018 12:30 PM
dia mati oh wow oh wow oh wow bulan teraju tiga
ADVERTISEMENT