Catriona Ross (Cat) dikenali sebagai pelakon peramah sama ada sesama artis mahupun dengan pengikutnya di media sosial. Namun, ramai yang tidak mengetahui Cat juga sebenarnya mempunyai sifat humor dan gila-gila. Bagi tidak menghampakan permintaan rakan-rakannya yang meminta Cat beraksi vogue, pelakon kacukan Melayu-Scottish ini akhirnya memuat naik gambarnya mencekak pinggang beserta dengan postur badan dan muka ala supermodel. Kapsyennya juga mengundang tanya iaitu aksi siapakah yang ditirunya itu?
Maka, ramai netizen yang meneka aksi artis tempatan yang dikatakan suka bergambar dengan bercekak pinggang. Ada yang mengatakan seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Zahirah Mc Wilson, namun dinafikan oleh Catriona. Namun, jawapan yang paling menghiburkan ialah ada yang memerli kononnya seperti Sajat. Bagaimanapun, bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan seni tanah air, pastinya dapat meneka gaya ala supermodel ini. Biarpun berbadan gempal, namun ia tidak menjadi halangan buatnya untuk tampil penuh yakin dengan pose ini. Ternyata dia berjaya 'membawa' pose maut ini. Siapa lagi kalau bukan pengacara yang makin diperkatakan, Sherry Al Hadad. Malahan, gaya trademark Sherry itu turut dilakukan oleh pelbagai selebriti tatkala mereka dipadankan dalam beberapa program. Jika Sherry mempopularkan pose supermodel dengan penuh keyakinan, artis lain juga patut mencipta 'trademark' sendiri. Jadi, pose artis mana yang anda paling suka? - CARI |
12
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT