CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menjadi! Petua Elak Kucing Kencing Kawasan Rumah

10-10-2018 04:28 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 11958| Komen: 60|Original author: Oleh: monolog


Banyak rumah teres di kawasan rumah penulis, malahan taska juga terdapat deretan botol-botol plastik berwarna-warni diletakkan di perkarangan kawasan rumah. Penulis tertanya-tanya akan hal ini.


Rupanya ini satu petua! Malahan rata-rata maklumat yang penulis peroleh dari jiran-jiran dan kenalan ianya menjadi.


Kucing memang binatang yang comel, namun kalau dah setiap kali kencing merata di kawasan rumah boleh tertekan dibuatnya. Apa lagi bila baru nak sarung kasut, terpijak kencing kucing. Bau hancing kencing kucing lain macam. Lagi kuat baunya jika kucing jantan, sebab menanda kawasan memang kerja kucing jantan dewasa.
 

Banyak petua yang rakan-rakan pernah cadangkan. Antaranya bersihkan dengan cuka, air rebusan serai, lada hitam dan penggunaan coklat bar khas untuk elak kucing membuang najis merata. Tetapi rata-rata tidak berapa berkesan.


 
kredit gambar siti ramlah (keluarga.my)


Melalui sumber carian google dan cara yang dibuat oleh pengusaha taska di kawasan penulis, mereka menggunakan petua ini :

1. Bancuh air dengan pewarna merah. (kalau nak warna-warni juga boleh)


2. Isikan air tersebut ke dalam botol plastik (botol mineral)


3. Letakkan botol-botol berisi air berwarna ini di kawasan si kucing selalu melepak atau memancut.


Apa tunggu lagi? Siapa dalam dilema masalah ini, jangan tunggu lagi. Cubalah. - CARI 
17

Bagus
26

Marah
18

Terkejut
26

Sedih
26

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 10-10-2018 04:42 PM
tipula, beriya iya aku buat lagi galak kucing tu memancut
Quote monolog 10-10-2018 04:54 PM
la ye ke? penulis jadi...malahan taska tempat penulis hantar anak pun jadi.
Agaknya kucing tempat tuan bijak2 kot..hehhehe
Quote dubuk 10-10-2018 04:54 PM
tak jalan                    
Quote monolog 10-10-2018 04:55 PM
hmm...mungkin siapa yang baca artikel ni..boleh cadangkan yang lebih berkesan.
Quote matkpop 10-10-2018 05:02 PM
karut. selagi bau najis kucing tu ada kat situ selagi tu kucing akan melepas kat spot tu. bau najis kucing susah nak buang walaupun dah cuci berkali2.


kalau kes kucing jantan pancut merata/tanda kawasan, best solution ialah mandulkan sebab dia dah mula nak mengawan.

Quote sufi84 10-10-2018 05:04 PM
Pernah kena.. Letak bola org ckp tapi tak jalan. Tuang clorox n minyak tanah dkt tempat dia kencing pun tak jalan. Last2 I tabur serbuk lada satu porch, terus tak datang {:smile
Quote drivethru 10-10-2018 05:14 PM
Perumahan aku xde masalah dgn kucing. Tapi anjing mmg banyak. Selalu berkampung depan rumah. Kadang2 siap berak depan pagar. Macam2 petua dah cuba. Last sekali aku curah diesel dpn pagar. Bila berbau anjing x dtg dah.
Quote myakayina 10-10-2018 05:15 PM
sufi84 replied at 10-10-2018 05:04 PM
Pernah kena.. Letak bola org ckp tapi tak jalan. Tuang clorox n minyak tanah dkt tempat dia kencing  ...

ha'ah..serbuk lada je..takde dtg dah kucing nya..last time anjing pun tak dtg dah depan rumah..
Quote blinkmos 10-10-2018 05:19 PM
umah aku buat...
memang takde kucing lalu...

penuh kat pagar.. kat beranda bilik atas (sebab kucing suka terjun dari atas atap)...

tapi ada satu tiang kat pagar umah aku, x letak botol merah ni...
elok je 2 ekor melenggang lenggok lalu ikot laluan yg takde botol merah tu
Quote monolog 10-10-2018 05:23 PM
ye..taska anak pun letak celah-celah tiang pagar..memang tak masuk..
Quote munchkin 10-10-2018 06:08 PM
sufi84: Pernah kena.. Letak bola org ckp tapi tak jalan. Tuang clorox n minyak tanah dkt tempat dia kencing pun tak jalan. Last2 I tabur serbuk lada satu porc ...


Koceng i tabur serbuk lada lagi dia kemain sukaaaaa sangat. Catnip dia benci pulak hahahha
Quote imatt 10-10-2018 06:44 PM
Slalu tgk dalam youtube yg kucing melompat bila nampak timun yg belum dipotong. Ade sape2 boleh try?
Quote monolog 10-10-2018 07:45 PM
A ah..pernah tgk juga..pasal timun tu..tapi rasanya xpraktikal .nk takut2 kejap2 leh la kot.jangka masa panjang membusuk lah timun kalau letak lama2.
Quote reddots 10-10-2018 08:33 PM
Aku tabur jer ubat gegat keliling rumah. Ha kau!!  Mmg kucing2 tobat nak dekat dh..  

Atau klu rajin sgt, aku tumbuk hancur dulu, then tabur mana2 port kucing suka melepak or buang taik.,  geram sgt ngan kucing2 jiran yg melepas kat kawasan kita.
Quote sufi84 10-10-2018 09:16 PM
myakayina: ha'ah..serbuk lada je..takde dtg dah kucing nya..last time anjing pun tak dtg dah depan rumah..

Haha kan.. Jiran I siap tnya apa y merah2 tu.. I ckp serbuk lada bagi kucing lari
Quote sufi84 10-10-2018 09:18 PM
munchkin replied at 10-10-2018 06:08 PM
Koceng i tabur serbuk lada lagi dia kemain sukaaaaa sangat. Catnip dia benci pulak hahahha

Haha tak gatal hidung dia bersin. Ikut jenis kucing rasanya. Kena try mcm2
Quote EvieWanKenobi 10-10-2018 09:47 PM
ada rumah gantung cd..
Alhamdulillah jadi..
Quote munchkin 10-10-2018 10:12 PM
sufi84 replied at 10-10-2018 09:18 PM
Haha tak gatal hidung dia bersin. Ikut jenis kucing rasanya. Kena try mcm2

Dia tak bersin. Lagi dia golek golek badan dia yg gemuk tu kat black pepper.
Quote munchkin 10-10-2018 10:13 PM
monolog replied at 10-10-2018 07:45 PM
A ah..pernah tgk juga..pasal timun tu..tapi rasanya xpraktikal .nk takut2 kejap2 leh la kot.jangka m ...

Beli timun plastik. Hhhheeeheg

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.164256 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top