CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Port Dickson? Begini Asal Usul Namanya..

8-10-2018 06:37 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 6515| Komen: 10|Original author: Oleh: monolog

Tujuh calon berentap di Port Dickson, merupakan tajuk dari sebuah akhbar Berita Harian. Bila penulis membaca tajuk  ini, maka penulis terfikir  dari mana asal usul nama Port Dickson?


kredit gambar google





Apa kata penulis coretkan sedikit maklumat berkenaan Port Dickson untuk kita sama-sama  mengetahuinya.

Apa yang menarik?



kredit gambar google


Port Dickson merupakan sebuah daerah yang terkenal di Negeri Sembilan. Port Dickson terkenal dengan pantainya, kilang penapis minyak yang membekalkan minyak bertapis di seluruh negara, Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar yang membekalkan tenaga elektrik kepada setengah dari kawasan semenanjung Malaysia dan Markas tentera Melayu  yang tertua di negara ini.


 

              

kredit gambar google 



Asal Usul

Nama Port Dickson di kenali sebelum tahun 1883, dahulunya kawasan yang berhampiran dengan pantai ini adalah merupakan jajahan takluk negeri Selangor. Sehinggalah pada tahun tersebut ia diserahkan kepada pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan moden. Ia ditukar ganti dengan kawasan Semenyih dan sekitarnya. (sebelum ini  kepunyaan Luak Sungai Ujong).

 

Dahulu nama Port Dickson mempunyai pelbagai gelaran. Orang Melayu yang menggelar tempat ini sebagai  Tanjong atau Tanjong Tin. Orang Cina dan India pula memanggil tempat ini sebagai  Alang atau Arang. Kenapa Tanjong? Sebabnya tempat ini terletak di sebuah tanjung yang menganjur ke laut. Kenapa Arang? Ini kerana ia sebuah pulau yang berhampiran dengan Tanjung. Dulunya terkenal sebagai tempat membakar kayu bakau untuk dijadikan arang dan dipasarkan di seluruh kawasan berhampiran.


Port Dickson yang kita kenali namanya diperoleh dari nama seorang penjajah Inggeris yang pernah memerintah Negeri Sembilan, yang menamakan tempat ini atas nama beliau sendiri. Nama penuh pegawai tinggi British ini ialah bernama Sir John Frederick Dickson. 


   
kredit gambar google

Penulis hanya mencatat sebahagian cerita tentang Port Dickson. Banyak lagi kisah menarik mengenai Port Dickson iaitu tentang pembangunannya sejak sebelum merdeka hingga sekarang. 


Sekarang ini Port Dickson telah ditadbir urus oleh Majlis Daerah Port Dickson. Kalau nak cerita panjang lebar juga. Pembaca boleh  buat carian sendiri  untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. - CARI 


10

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 8-10-2018 09:22 PM
Port dickson glamour ler nama ala2 kokesyen dari tanjung tin
Quote tikusmontok 9-10-2018 11:54 AM
so..bila nak tukar nama penjajah ni?
Quote chicozinn 9-10-2018 12:58 PM
sama la cam kerinchi ditukar nama jadi bangsar south..cam bangang..apa buruk sangat ke nama kerinchi tu??even batang berjuntai pun masih disebut2 walaupun da tukar nama jadi bestari jaya
Quote monolog 9-10-2018 01:19 PM
Sejarah tetap sejarah.kalau tukar pun akan disebut sebut,kecuali yang hidup pada zaman yang nama asal tu semua dah tiada.
Quote batu kikir 9-10-2018 09:57 PM
tikusmontok replied at 9-10-2018 11:54 AM
so..bila nak tukar nama penjajah ni?

Tak payah
Biarlah is kekal dengan nama penjajah.
Quote MarryPottet 9-10-2018 11:14 PM
umbut replied at 8-10-2018 09:22 PM
Port dickson glamour ler nama ala2 kokesyen dari tanjung tin

tapikan nama tu kalau ditranslate ke BM, jadi kelucahan melampau pulak i.e jadi Pelabuhan Anak (lelaki) Pu*ai
opsss! terbiru pulak otak aku malam ni
Quote JohnDeSouza 10-10-2018 01:26 AM
sama juga lah dengan butterworth atau mount erskine.cari sendiri naaa
Quote monolog 10-10-2018 06:54 AM
Iyelah...dah negara kita pernah dijajah kan.
Quote orangbiasaje 13-1-2023 05:09 PM
Oj, Tanjung Arang...menarik. Orang kelahiran N9 tapi tak tau citer ni. Terima kasih kongsi.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058625 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top