Gambar Raja Azmi bersama cucunya yang dimuaturun ke Instagramnya mendapat banyak kritikan di forum Cari kerana dikatakan tidak wajar bergambar sedemikian rupa. Agak gempar dua hari lepas apabila blogger dari Rotikaya telah menyebarkan gambar Raja Azmi memangku cucunya sambil terselit sesuatu di mulot seakan-akan sebatang rokok. Ekoran penyebaran gambar itu, Raja Azmi menerima kecaman dan komen-komen negatif di ruangan komen bagi yang mengetahui cerita sebenar.
Kata-kata Raja Azmi dipetik “Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya ketika dihubungi ABN News. Beliau akan mengambil tindakan mahkamah ke atas blog Rotikaya kerana menyebarkan gambar tersebut tanpa mengetahui kisah sebenar. |
ADVERTISEMENT