MUAR 13 September : Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah hotel bajet di Jalan Meriam di sini, semalam. Lelaki berusia 66 tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di bilik di hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi. Sumber memberitahu, mangsa sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan sama. Katanya, sekitar jam 10 pagi, warga emas itu dilihat memasuki sebuah bilik di situ untuk bertemu seorang wanita. “Bagaimanapun, kira-kira 20 minit kemudian, warga emas itu pengsan sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita terbabit.
“Wanita terbabit yang panik segera memaklumkan majikannya yang kemudiannya menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan,” katanya. Mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan. Difahamkan, lelaki itu yang berasal dari Kampung Baru Estet Kim Kee, Bukit Pasir, dekat sini, itu masih bujang dan tinggal sendirian. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian terbabit. “Mangsa disahkan mati di hotel berkenaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat. “Siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. |
highcastle posted on 13-9-2013 06:11 AM
- Sebagai warga Johor aku turut berbangga
- @peYno dijemput hadir di thread ini sambil memuji-mu ...
highcastle posted on 13-9-2013 06:15 AM
peYno apa kira, janji Johor semua dianggap jawa caprut............
peachRose posted on 13-9-2013 06:22 AM
try cek dia ada amik apa2 pil perangsang sex ka ..sinonim sgt sakit jantung dgn pil viagra dan yg se ...
worldonfire posted on 13-9-2013 06:30 AM
1000gm = 1kg kan dik? amik viagra 1kg jgn kata org tua... budak baru baligh pun boleh mampus dik. ...
peachRose posted on 13-9-2013 06:56 AM
ada kaka...dulu penah rampas..setgh kilo ada..dua kilo tak sure plak...sakit kepala kitorg gelak.. ...
Muntz posted on 13-9-2013 07:13 AM
Ya Allah. Camnerlah kalau 1kg benda tu diconsume, confirm otot2 tu kejang semua.
peachRose posted on 13-9-2013 07:26 AM
adoii noks..tipu je tuh..atas packaging je tulis 1000ms...saiznya sama mcm viagra ori so berat 1 p ...
ADVERTISEMENT