|
Ini adalah senarai Tujuh Keajaiban Semula Jadi Dunia yang disusun oleh CNN dan Seven Natural Wonders pada tahun 1997, senarai ini merangkumi semua 7 benua melalui ketinggian bumi, dan kedalaman lautan, beberapa tapak yang kurang dikenali, serta beberapa ciri terkenal yang mungkin tidak dijangka dan ia adalah semula jadi. Secara amnya dipersetujui sebagai antara tarikan semula jadi yang paling menarik di dunia. The Grand Canyon The Grand Canyon yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat ini mempunyai 277 batu bersamaan 446 kilometer panjangnya, dengan lebar 6.4 - 24 kilometer dan kedalamannya pula melebihi 1.6 kilometer. Ia terbentuk dari masa ke masa oleh sungai Coloredo. Para saintis turut menganggarkan fenomena sudah mengukir laluannya lebih daripada 17 juta tahun yang lalu lagi. Kini ia merupakan tempat kunjungan pelancong di setiap pelusuk negara. Namun sejak tahun-tahun kebelakangan ini, peningkatan langkah keselamatan telah menghalang pengunjung menghampiri tepi gaung itu dengan seberapa dekat. Walaupun demikian, lokasi ini masih menjadi tumpuan. Parucutin Volcano Parucutin adalah gunung berapi yang terdapat di Michoacan, Mexico. Sesuatu yang menarik tentang gunung berapi ini membuatkannya tersenarai sebagai Seven Natural of Wonder World adalah sejarah pembentukan dan kepupusan yang terjadi. Menurut dari artikel The Seven Natural Wonders Of The World, sebelum tahun 1943, gunung ini tidak pernah wujud. Namun sepanjang tahun 1940-an dan 1950-an, para pakar dan penduduk di rantau ini dapat menyaksikan gunung berapi yang semakin berkembang pesat hingga mencapai ketinggian tiga perempat daripada saiznya dalam tahun pertama. Malah gunung berukuran 1,391 kaki ini, tumbuh di celah-celah ladang jagung dan pernah menjadi gunung paling aktif selama 19 tahun. Kini, ia sudah tidak aktif sejak tahun 1952 lagi dan dijangka tidak akan meletus kembali. Nothern Lights (Aurora) Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam yang biasanya terjadi di kawasan kutub Artik dan Antartika. Hal ini demikian sesetengah saintis memanggilnya sebagai "aurora kutub" atau "aurora polaris. Kesan Nothern Lights ini dibawa oleh zarah-zarah kosmik yang memasuki dan berinteraksi dengan atmosfera bumi, yang menyebabkan warna-warna terang terpancar pada langit malam. Jika anda beruntung, anda dapat melihat aurora dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Jika semakin tinggi latitud, semakin besar kemungkinan anda dapat melihatnya. Victoria Falls Sungai Zambezi melintasi sempadan Zambia dan Zimbabwe sehingga perairannya turun 355 kaki ke bawah lantas membentuk Victoria Falls yang amat mengagumkan. Air terjun ini dinamakan sebagai Queen Victoria (raja inggeris) oleh penjelajah Scotland, iaitu David Livingstone semasa penjalajahannya ke seluruh Afrika. Nama asal air terjun ini ialah Mosi-oa-Tunya yang mana namanya masih digunakan secara tempatan. Dan pada 2013, kerajaan Zimbabwe mengumumkan untuk menamakan kembali kepada nama asal. Air terjun Victoria bukanlah air terjun yang paling tinggi ataupun paling luas di planet ini, tetapi apabila mengambil kira kedua-dua sifat tersebut, ia layak diiktiraf sebagai yang terbesar. Pelabuhan Rio de Janeiro Teluk Guanabara adalah tanah seluas 19 batu hanya ke timur Rio de Janeiro, bandar kedua terbesar di Brazil. Lebih dari 100 pulau terletak di sekitar teluk, termasuk Pulau Paquet yang bebas kereta, dan Pulau Villegagnon, tapak Sekolah Angkatan Laut Brazil. The Great Barrier Reef The Great Barrier Reef merupakan terumbu karang terbesar di dunia yang terdiri daripada kira-kira 3,000 karang dan 900 pulau yang terbentang luas sepanjang 2,600 km. Karang ini berlokasi di Laut Koral, lepas pantai Queensland di timur laut Australia yang dilindungi oleh Great Barrier Reef Marine Park. The Great Barrier Reef dapat dilihat dari luar angkasa dan kadang-kadang disebut sebagai organisme tunggal terbesar di dunia. Sebenarnya, ia terbentuk daripada berjuta-juta organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang. Tempat ini juga dipilih sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1981. Kepada anda kaki scuba, inilah tempatnya. Gunung Everest Di sinilah titik tertinggi dunia. Gunung Everest adalah salah satu ciri semula jadi yang paling ikonik di dunia dengan ketinggian 29,029 kaki. Kepada mereka yang ingin menawan gunung ini, perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental, dan berani mengambil risiko besar dalam menjalani usaha ini kerana bukan mudah untuk menawan gunung tertinggi di dunia ini. Pelbagai cabaran perlu dilalui. Walaupun begitu, menakluki gunung ini tetap merupakan salah satu daripada kejayaan besar manusia, dan merupakan cabaran yang sangat popular bagi sesiapa yang benar-benar ingin menguji keberanian mereka. - CARI
|
|
21
![]() Bagus |
28
![]() Marah |
17
![]() Terkejut |
25
![]() Sedih |
7
![]() Lawak |
31
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
Nokiaman replied at 15-11-2018 04:43 PM
Pelabuhan Rio nie mmg unik..
Pernah singgah sekali...
Cantik mmg cantik tapi..every seconds kita k ...
i tak tau mcm mana mak ayahnya setuju dia kerja sana, kahwin org sana, tp dia pun jenis gamble, mcm jenis, ada aku kisah, mak ayah pun mcm fikir, anak dah dewasa so klau dihalang, mungkin dia akan teruskan jugak..tapi still pd i bahaya kan, berisiko..
..dia cerita, ofismate dia, setiap hari ada je kisah kena samun rompak ni setiap kali nak pg kerja
..mula tu dia cuak jugak, tp dia tinggal kat guarded area, yg jauh dari setinggan dan kawasan berisiko ni, so dia ok..barang kat sana sangat mahal, cost of living mmg tinggi..tp sebab company dia provide semua, dia ok la, cuma spend duit utk beli barang makan jer..baru2 ni i dgr dia nak tukar ke Colombia pulak
Nokiaman replied at 17-11-2018 06:45 AM
Amboiii..kawin lelaki Brazil.....gamaknya anak yg kluaq camne eh...mesti darah kacukan lawo g ...
..biarlah pergi negara mcm Mesir ke, Dubai ke, at least lah kan,walau Brazil negara pilihan world cup i..
pernah jugak dia ke Peru dgn kawan2 perempuan dia sebelum kahwin sebab nk tgk machu picchu, terkena dgn penyeluk saku habis tak tinggal apa
..tp dia ni mmg lain skitlah,berani sangat,sbb tu dia boleh pindah brazil,klau i dah kena pengalaman mcm tu, mmg tobat lah nk pg negara2 mcm tu..
Nokiaman replied at 17-11-2018 03:03 PM
mmg betui kata kata hang nie..
Saya laki ..tapi mmg kecut teloq jejalan tang sana..
Mmg lain dar ...


tambah2 bila jauh dari family,sape yg kita nak mintak tolong kalau apa2 hal ye dak

ADVERTISEMENT