CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Apa Ni Sekali Sedut Dah Habis" - Beli Air Tepi Jalan, Tapi Penuh Dengan Ais Je

2-10-2018 12:03 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7767| Komen: 24|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Google
Ramai yang ingin berniaga kerana perniagaan dikatakan boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak berbanding bekerja makan gaji. Betul ke? Jika perniagaan itu dijalankan dengan strategi dan cara yang betul, sudah pasti ia berjaya dan mendapat pulangan yang lumayan. 

Antara perniagaan yang dikatakan boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda ialah dengan berniaga air balang. Perasan tak ramai peniaga yang menjual air balang di pasar malam dan di tepi-tepi jalan? Air balang yang dijual dengan pelbagai perisa dan warna akan menarik pelanggan untuk membeli ditambah lagi jika cuaca panas yang sudah tentu menjadikan jualan air balang semakin laris. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik satu status tentang perasaan tidak puas hatinya setelah membeli air balang yang dijual oleh seorang peniaga. Dia yang kehausan telah membeli air teh di tepi jalan tetapi kecewa apabila setelah beberapa kali sedutan, air tersebut telah habis dan tidak puas diminum. Apabila melihat ke dalam bekas air tersebut, ia penuh dengan ais dan menganggap ia tidak berbaloi dengan harga. 


Sekejap je minum, dah habis...

Lain kali minta kurangkan ais

Ramai netizen yang memberi respon kepada status twitter lelaki ini. Netizen masing-masing menyalahkan dirinya yang tidak meminta agar penjual air tersebut mengurangkan ais. Sedangkan ramai netizen yang selalu meminta dikurangkan ais ketika membeli air. Tetapi ada juga netizen yang meminta dikurangkan ais dikenakan caj lebih. 



Orang dahaga disuruh sedut perlahan?

Netizen juga turut berpesan kepada lelaki ini agar menyedut air itu perlahan-lahan, barulah air itu bertambah setelah ais cair. Tetapi, kalau orang sedang dahaga, ada ke yang nak sedut perlahan-lahan? Kalau tengah dahaga, baik beli sahaja air mineral di dalam botol. Pasti puas dan dapat hilangkan dahaga. 

Peniaga memang la nak untung lebih

Rupanya ramai peniaga-peniaga air yang memberi komen kepada status twitter lelaki ini. Sememangnya peniaga ingin mendapat keuntungan daripada jualan mereka dan mereka terpaksa melebihkan ais ke dalam minuman yang dijual. 


Netizen pun selalu terkena

Ada juga netizen yang marah kerana terkena dengan sikap peniaga yang terlalu mengaut keuntungan. Mereka memahami perasaan lelaki ini yang kecewa kerana terlalu banyak ais berbanding air yang dibeli. 

Sebagai pembeli, keputusan ditangan kalian. Jika kalian rasa tidak berbaloi membeli air minuman dengan peniaga-peniaga air, lebih baik membawa bekal air masak setiap masa atau membancuh sendiri air di rumah. Bagaimanapun, sebagai peniaga, janganlah terlalu mengaut keuntungan yang melampau sehingga menjauhkan para pelanggan untuk membeli jualan kalian. Setuju tak? - CARI 

17

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
8

Sedih
20

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote serawadurian 2-10-2018 12:05 PM
Next time masa nak beli tu ckp sy x nak ais. Tgk mcm mana pergi dia..
Quote Artemesiaa 2-10-2018 12:19 PM
Bukan benda baru pun ramai je peniaga yang buat sebegitu.  Airnya tak sampai setengah gelas ais je yang banyak.  Jadi lain kali mintak je ais kurang.
Quote chicozinn 2-10-2018 12:32 PM
da lama da jadi cmni lagi2 kat bazar ramadhan pn sme..time bukak pose bila minum tawar namati sbab ais byak sgat..
Quote mizruncing 2-10-2018 12:41 PM
dia nk pegi Mekah balik ari la tu. next time ckp je nk kurang ais. dh jual mahal sgt smpai 3rgt so haruslah demand. kt kampung aku still lg jumpa rm1.50 tanpa cincau. nk cincau tmbh 50 sen
Quote Veneer 2-10-2018 12:53 PM
Lain kali jgn bawa myvi
Quote aleesyasofia 2-10-2018 01:07 PM
time dahaga skali sdut abislah.. sbb iolss mmg gitu gak.. time dhaga cpt jer abis ayornya.. kalo xbpe dhaga cayor ler dia.. udah ler manis.. tue sbb ais byk..
Quote Nt-ViruS 2-10-2018 01:27 PM
xpham isu kenapa kena mintak ais kurang. patutnya ais kurang tu should be the norm bukan terbalik. ko beli air bukan beli ais. memang kena air la lebih bukan ais. minta ais kurang defeat the purpose.

bodo betul netizen zaman sekarang ni.
Quote paz 2-10-2018 01:33 PM
Paz tak biasa beli air cengini, tapi pelik yer orang minta ais kurang.

Kalau pi minum dengan kawan2, dia minta tambah ais lagi adalah.
Quote nishikido 2-10-2018 01:34 PM
Few years back,pernah viral ais gelas besar kan..secawan rm5.saiz cup memang besarrrr,tapi penuh ais je.rugi je beli..rasa takdalah manis sangat dan kalau dibiarkan ais tu cair sikit abis tawar rasa air tu.memang peniaga nak untung cepat..alasan jadah apa suh kita pulak kena pesan nak ais kurang.yg penjual tu jual elok2 tak boleh ke...
Quote AbukRokok 2-10-2018 01:37 PM
minta kurangkan ais tapi kena tambah lagi duit? lebih mahal?
logik mana melayu zionis woi ?
Quote mieymiey 2-10-2018 02:03 PM
Iols selalu request kurangkan ais. Takmo la bayar untuk dapat air suku  daripada cup tu jer.
Quote bungamelurindah 2-10-2018 04:25 PM
SEDUTAN LELAKI MEMANG KUATTT SEBAB TU AIR HABESS CEPAT, MCM LAKI AKU SEKALI SEDUT ADE SEPARUH, NI KAN PLAK TIME DAHAGA, LAGI LA WEYHHHH!!!
Quote Teru2Bozu 2-10-2018 04:51 PM
aku beli air tebu, dengan ais dua hengget, without ais 3 hengget. dalam cup kecik. maknanya kalau yang dua hengget tu, air tebu tu stakuk je singgit.  yang lagi singgit ais menggunung.
Quote goss79 2-10-2018 05:22 PM
kurang ikhlas meniaga camni. ke air tu pekat sgt so kena balance kan dgn ais yg penuh tu juga. kena tunggu ais mencair baru boleh minum ke camne hahahaha
Quote Foxey 2-10-2018 05:33 PM
penuh wooo ais dalam bekas tu. yeah, kena request less ice
Quote perantaulaman 2-10-2018 05:41 PM
Dia suruh jemur bawah matahari dulu kasi  cair ais tu.
Quote arm_band 2-10-2018 07:41 PM
teh ais balang tu kan memang dibancuh pekat. sebab tu dia isi ais penuh, ais cair, nipis la sikit air tu. boleh pulak kau sedut teh manis pekat tu sekali go je ishhh
Quote EncikRhoma 2-10-2018 09:15 PM
teh ais dgn kopi ais dlm balang ni overrated sangat. cakap teh ais madu la, teh ais thai la tapi rasa sama je dgn teh ais bungkus kat restoren biasa. restoren biasa jual rm2-rm2.50 je utk sebungkus teh ais. Diorang jual rm3 utk 1cup besar. kuantiti sama je
Quote vasepecah 2-10-2018 09:21 PM
Kalo req kurang ice.... Naik singgit harga air

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049718 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top