CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Pakcik Makcik Gomen Kerja Sampai Warga Emas, Sampai Anak Muda Jobless"

28-9-2018 10:54 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6812| Komen: 38|Original author: Oleh: Azza




"Hang tak try kerajaan ka? Kalau dapat gomen, senang hidup, terjamin, dapat pencen."

Itu adalah contoh soalan yang ditanyakan kepada anak muda zaman sekarang. Agak menjengkelkan kerana soalan itu sukar untuk dijawab dek terhadnya peluang bekerja dalam sektor kerajaan. Lebih menyedihkan, ramai anak muda tidak dapat bekerja makan gaji kerana masalah umur pencen yang sentiasa meningkat bermula dari 50 tahun ke 58 tahun kemudiannya 60 tahun dan terbaharu ura-ura akan dinaikkan ke umur 62 tahun.

Hal ini menyebabkan warga mas masih perlu bekerja dan dalam masa sama menafikan hak anak muda untuk mengisi tempat mereka. Di manakah keadilannya?


Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Carian Internet

Ianya dipersetujui oleh ramai anak muda yang mengalami masalah sama. Tidak mudah untuk memasuki sektor kerajaan sepertimana yang dianggap oleh mereka. Namun, masing-masing memahami itu adalah rezeki.


Mengenai had umur pekerja kerajaan sehingga menjangkau warga mas, ramai netizen yang menyatakan ia sudah tidak lagi relevan. Ini kerana perbezaan tenaga dan kreativiti dua generasi adalah sangat berbeza. Apatah lagi pada umur sebegitu, fizikal dan mental sudah kurang produktif menyebabkan banyak kerja terbengkalai.

Kredit foto: carian Internet

Namun begitu, ada juga netizen yang menjelaskan bahawa bukan masalah mereka yang bekerja di usia lewat ini bukannya disengajakan, sebaliknya terpaksa kerana pelbagai faktor, antaranya kerajaan tidak membenarkan pencen awal, komitmen yang banyak, menanggung anak yang bersekolah dan pelbagai lagi alasan.
Malahan, jika ditanya kepada kakitangan kerajaan terutamanya wanita, sebenarnya ramai yang mahu pencen awal kerana penat tetapi disebabkan kadar pencen tidak penuh membuatkan mereka bertahan.

Kredit foto: Carian Internet
Selain itu, ada juga cadangan daripada netizen untuk mengehadkan umur bagi pemberian pencen serta mewajibkan KWSP bukannya pencen memandangkan kerajaan menanggung kadar pencen yang tinggi setiap tahun iaitu 30 bilion.
Jadi, soalan "bila nak dapat kerja gomen?"ini agak sensitif untuk ditanyakan. Apatah lagi jika benar umur bersara dilanjutkan pada 62 tahun. Aduhai, merana lagilah anak muda untuk mencari rezeki.





Pelbagai cadangan telah diberi, jadi ianya berbalik pada polisi kerajaan ketika ini sama ada mahu mengurangkan tempoh bekerja membuatkan anak muda berpeluang memasuki sektor ini ataupun bertahan seperti sekarang menyaksikan ramai anak muda yang jobless. Semuanya terpulang kepada kebijaksaan pembuat keputusan. - CARI

22

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
33

Sedih
16

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kenabertaubat 28-9-2018 11:03 AM
Dah lama aku bincang dengan husband pasal benda ni. Pakcik makcik tu umur 50 tu pencen la. Lambakan mahasiswa keluar yg menganggur ramai sgt dh ni. Bagi la peluang.
Yg komen ada anak tu buat aku menyirap je.. Habis, makcik pakcik je yg ada anak? Graduan ni taknak kawin dan ada anak ke?  Pencen main dengan cucu la makcik.
Quote prettyuglybabe 28-9-2018 11:05 AM
pada i selagi boleh kerja dan sihat untuk bekerja, kerja la..
tapi buang penjawat awam yang bermasalah dan tak perform tu..
isikan tempat mereka dengan tenaga kerja baru..
penjawat awam berumur yang boleh bekerja berapa ramai sangat compare dengan penjawat awam tak berdisiplin dan tak perform tu..
Quote snowredpen 28-9-2018 11:11 AM
Turun umur pencen 55 thn la. Kesian graduan xde keje. {:dot
Quote 800214 28-9-2018 11:30 AM
Masalahnya dkt tpt aku yg baru keja 2 3 thn pun malas 1 macam. Baik acik2 lg rajin buat keja
Quote nuryakmal 28-9-2018 11:52 AM
buang pekerja yang tak perform la. berlambak jugak kot.
Quote sally03tomato 28-9-2018 12:04 PM
Kenabertaubat replied at 28-9-2018 11:03 AM
Dah lama aku bincang dengan husband pasal benda ni. Pakcik makcik tu umur 50 tu pencen la. Lambakan  ...

gilo.. lg 10 tahun berhenti kerja tak dpt gaji tu siapa nak tanggung... bukan ada kwsp pun... org gomen semua nak turun kan had umur pencen tp gomen yg keep on naik kan.. gomen staf ni pencen awal pun bukan dapat awal.. dapat umur 60thn jugak...
Quote shoryu 28-9-2018 12:06 PM
Most acik-acik gomen pun harap pencen awal. Tak koser pencen 60 dik ooi.
Quote abangadek 28-9-2018 12:07 PM
ya la.. dh tua2 tak reti lagi nak berenti cemana yang muda2 ni nak apply.. harap Tun buat sesuatu
Quote chicozinn 28-9-2018 12:17 PM
aku terus terang cakap la ye..sepatutnya had umur sampai 55 thun da ok da..bukan pe minggu lepas aku siap bergaduh ngn acik tua kerani kaunter pejabat gomen ni, aku nk tanya pasal status dokumen aku dia punya cakap berputar2 berulang2 sampai kerani muda sorang lagi cakap, xpe la puan, saya tolong puan intercomm unit xxxx carikan dokumen puan ye..pastu aku dpat balik dokumen aku..kalu acik2 bekerja deyyoollss ni da xlarat nak mencari itu ini, keja pun banyak menyembang je bergerak pn lambat..bila kita tegur tkut sentap lak sbab umo aku cm sebaya anak dorang..sabo je la..
Quote pokaibanktokyo 28-9-2018 12:26 PM
@Cari-Azza
Engko kata dulu 50 ? Bodoh. Umur persaraan tak pernah bawah 55
Quote haryatie 28-9-2018 12:30 PM
x kosa aih keje sampai 60
aku pilih 58 jerk..
cukup time tu kena la bawa diri
Quote amyza 28-9-2018 02:08 PM
Bagi lah pencen awal. Org tua tak boleh kena tegur dgn yang muda. Keje pun slow. Belom lagi yang pagi2 sms "tak datang sbb nak pegi klinik". Dah lah busy keja date line. Sakit jiwa iols.
Quote Kenabertaubat 28-9-2018 02:23 PM
sally03tomato replied at 28-9-2018 12:04 PM
gilo.. lg 10 tahun berhenti kerja tak dpt gaji tu siapa nak tanggung... bukan ada kwsp pun... org  ...

Habis tu, graduan yg berduyun2 keluar ni macam mana? Hutang ptptn kena bayar. Kos hidup sekarang tak macam dulu. Makan minum bukan murah. Naik lrt kena bayar. Masa depan kena pikir. Kang makcik2 jugak sibuk, "eh, tak keje gomen ke? Mengaji tinggi langit. Keje takde masa depan". Harap Tun buat something la.. Yang bermasalah tu ambik la tindakan
Quote Meiizu 28-9-2018 02:34 PM
Edited by Meiizu at 28-9-2018 02:35 PM

55  cukup dah.pencen jer lahh.byk buruk dari baik kalau kekal dlm organisasi.

harap govmnt ambil perhatian...
no 1 : yg problem tu muda ke tua buang je lah.bukan tukar ke tempat lain. problem takkn settle..orang macam ni akan create new prob kat tempat baru.

no 2 : lebih 55thn boleh continue mcm sebab professional atau critical position.  55 ada yg masih kuat sihat- mungkin jabatan tu masih perlukan idea dan kepimpinan beliau
Quote solarlunar 28-9-2018 02:48 PM
My boss ritu pegi UK.

Balik keje sheolls ckp rugi tak keje kt UK sbb kt sana takde retirement age.

Mampo??? Nk keje smpai mati
Quote wunan88 28-9-2018 03:15 PM
ramai jerk yg keje gomen nak bersara awal..tapi bos2 x kasi
Quote Artemesiaa 28-9-2018 03:48 PM
Yang mana perform mungkin boleh ditambah had umurnya dan yang mana tidak mungkin elok diberi option bersara awal.  Satu lagi kena ada mind set tak hanya mengharapkan kerja makan gaji je macam2 cara dan peluang untuk menjana pendapatan asalkan rajin zaman ni.
Quote mamapea 28-9-2018 04:03 PM
Artemesiaa replied at 28-9-2018 03:48 PM
Yang mana perform mungkin boleh ditambah had umurnya dan yang mana tidak mungkin elok diberi option  ...

btl la tu...mcm company aku ni pun SVP umur 70++...badan masih sihat & bertenaga...
lps dh pencen company akan ambik sebagai kontrak...so dok renew kontrak je la sampai bila2...
kalau yg x perform mmg kena tendang la...x kira tua aatau muda...

Quote insulin 28-9-2018 04:10 PM
solarlunar replied at 28-9-2018 02:48 PM
My boss ritu pegi UK.

Balik keje sheolls ckp rugi tak keje kt UK sbb kt sana takde retirement age ...

Kalau dapat kerja dari rumah OK kut.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.216934 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top