CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Autisme: Sejauh Manakah Faktor-Faktor Persekitaran Mempengaruhi?

23-10-2018 10:50 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 8177| Komen: 60|Original author: Oleh: CSuy

Satu kajian mengenai Autisme di kalangan masyarakat Sweden merumuskan bahawa separuh dari risiko Autisme berpunca dari genetik, manakala separuh lagi berpunca dari faktor-faktor persekitaran. Rumusan ini telah menimbulkan perdebatan yang hangat di kalangan pakar Autisme.

Menurut Spectrum, pihak media telah melakukan tafsiran yang kurang tepat kepada rumusan kajian tersebut. Secara verbatim, para penyelidik hanya menyimpulkan bahawa, "Faktor-faktor genetik menjelaskan separuh daripada risiko Autisme". 

Apakah sebenarnya 'faktor-faktor persekitaran' dalam Autisme? Memetik majalah Slate, istilah ini digunakan oleh para saintis untuk merujuk kepada apa sahaja faktor yang bukan berpunca secara langsung dari jujukan DNA


Kredit Foto: Laman sesawang AutismSpeaks.org

Menurutnya lagi, sejumlah besar kajian sejak sedekad yang lalu telah menyenaraikan pelbagai faktor yang terlalu berbeza. Antaranya vitamin seperti asid folik, kemurungan ketika kehamilan dan pengambilan ubat anti-kemurungan, kelahiran pra-matang, kelahiran Cesarean, usia ibu bapa yang sudah lanjut, ibu bapa yang mengalami obesiti dan pendedahan kepada ejen-ejen seperti bahan kimia yang mengganggu endokrin, pencemaran udara dan penggunaan racun serangga. Malah, ada kajian yang mencadangkan bahawa anak kedua yang lahir terlalu awal atau terlalu lambat selepas saudara sulungnya memiliki peningkatan risiko Autisme.


Secara umumnya, para saintis bersetuju bahawa gabungan genetik dan faktor persekitaran menyebabkan Autisme. Namun, mereka berbeza pendapat dalam menentukan secara tepat apakah faktor-faktor persekitaran terlibat. Walau bagaimanapun, satu faktor telah lama diketahui, iaitu jangkitan yang berlaku ketika kehamilan.

Sekitar tahun 1960 sehingga 1970, indikasi awal diperoleh apabila beberapa doktor telah menemui peningkatan kadar Autisme yang amat tinggi di kalangan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita yang dijangkiti virus Rubella ketika hamil. Selama beberapa dekad, teori ini sukar dibuktikan.

Kredit Foto: Blog Hesed.info

Kemudian, satu kajian yang menggunakan data dari rekod sistem perubatan Sweden menunjukkan wanita yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan ketika hamil mengalami peningkatan risiko sebanyak 37 peratus untuk melahirkan anak Autisme. Keputusannya agak meyakinkan kerana ia turut mengambil kira maklumat diagnosis Autisme anak yang telah dilahirkan. 

Setakat ini, maklumat kajian ini masih sedang diperhalusi. Contohnya, terdapat kajian berbeza terhadap jangkitan viral dan jangkitan bakteria. Selain itu, perbezaan pendapat berlaku mengenai waktu berlakunya gangguan ke atas fetus. Namun, mereka sepakat dalam mengatakan bahawa faktor ini wujud.

Pengarah Institut Autisme Drexel A.J. di Drexel University, Philadelphia Craig Newschaffer berkata, "Cabaran yang besar dihadapi dari segi pengukuran faktor-faktor non-genetik (persekitaran). Pencarian gen yang menyebabkan Autisme boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sampel darah. Malangnya, pengimbasan sampel darah tidak berupaya memberikan maklumat lengkap berkenaan faktor persekitaran yang telah terdedah kepada subjek".

Selain itu, kajian sebegini menelan kos dan waktu yang amat tinggi. Contohnya, sebuah kajian yang sedang berjalan memantau sekumpulan wanita hamil dengan mencatatkan faktor-faktor persekitaran yang telah terdedah kepada mereka (dan bayi selepas dilahirkan). 

Kredit Foto: Pixabay

Seterusnya, pemantauan diteruskan untuk mengenalpasti anak-anak dari kumpulan tersebut yang didiagnos memiliki Autisme. Kajian seumpamanya dianjurkan oleh Institut Kesihatan Awam Norway bersama-sama Universiti Colombia. Ia mengumpulkan beribu-ribu wanita hamil dan telah berjaya mengenalpasti beratus-ratus kanak-kanak yang memiliki Autisme.

Disebabkan cabaran-cabaran sebegini, para penyelidik Autisme sukar mencapai kata sepakat dalam menentukan faktor-faktor persekitaran yang terlibat. Namun ini tidak menghalang mereka dari berterusan meneroka faktor-faktor persekitaran yang baru, dengan harapan agar ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawangkecik 23-10-2018 11:20 AM
autisme ni bila dah besar baru boleh detect kan. takut betul kena dekat anak aku. yihhhh
Quote lucassim 26-11-2018 10:22 AM
jgn takut dgn autism. Sekarang dah byk support group dan orang pon makin paham dgn disorder ni...Budak-budak autism ni biasanya kalau tak meltdown baik je..yang penting persekitaran anak-anak ni kita jaga.
Quote ebootan 26-11-2018 12:05 PM
Anak buah aku autism, umur dalam 6 tahun... kalau cakap pasal communication mmg susah sikit..  nak ajar satu perkataan pun punya lama ajar. Tapi kalau pasal pasang kereta mainan ngan lego cepat je dah siap.
Quote astatine 26-11-2018 12:56 PM
bawangkecik replied at 23-10-2018 11:20 AM
autisme ni bila dah besar baru boleh detect kan. takut betul kena dekat anak aku. yihhhh

Tak semestinya. Sebab tu ada saringan M-Chart oleh klinik kerajaan untuk bayi ikut umur.
Anak saya umur 14 tahun dah masuk SBP pun, baru diagnose as High Function Autism.
Anak saudara saya ada pulak yang dari kecik dah diagnose as severe autism. Dah 5 tahun pun belum boleh bercakap.
Kalau tantrum tu semua ASD ada, cara nak handle je berbeza antara severe, mild and high function.
Quote fidra 26-11-2018 01:02 PM
astatine replied at 26-11-2018 12:56 PM
Tak semestinya. Sebab tu ada saringan M-Chart oleh klinik kerajaan untuk bayi ikut umur.
Anak say ...

High Functining Autism tu cane? Aku ada gak cousin punya adik. Umur dah 15. Autistik. Kuat makan. Nk halang tak boleh sbb nnti dia jadi lg violent. Bdn pon makin besar. Harapkan adik beradik dia utk jaga. Parents pon kdg2 busy. Tp diorang still spend time semua. Cuma dia bnyk spend time dgn adik beradik dia lebih dr parents.

Quote astatine 26-11-2018 01:24 PM
fidra replied at 26-11-2018 01:02 PM
High Functining Autism tu cane? Aku ada gak cousin punya adik. Umur dah 15. Autistik. Kuat makan.  ...

High Function Autism ni tak nampak beza dengan orang biasa. Beza dia dari segi komunikasi. Dia tak pandai nak communicate rasa hati/ isi hati dia dengan orang. Sebab anak saya pun cuma communication yang problem sampai self injury. Dia tak pandai beritahu orang apa dia rasa sampai dia pendam dan cederakan diri sendiri.
Dari segi lain sama je dengan orang biasa. Ada beberapa SBP juga yang ada student High function Autism ni.

Quote Maniaso 26-11-2018 03:59 PM
Saya rasa kanak-kanak autistik perlu ada persahabatan keluarga, ibu dan bapa perlu jadilah character yang penting untuk bagi family love yang cukup. Tapi ramai keluarga sekarang telah sibuk sangat dengan kerja, susah nak komunikasi dengan anak merekanya.  
Quote fidra 27-11-2018 10:22 AM
astatine replied at 26-11-2018 01:24 PM
High Function Autism ni tak nampak beza dengan orang biasa. Beza dia dari segi komunikasi. Dia tak ...

I see. Tak tau pulak smpai dia boleh cederakan diri sndiri. Bahaya kalau dah self harm mcm tu . Adik cousin aku takde pulak mcm tu. Not that I know of la. Sebab kalau self-harm from my experience and knowledge bnyk dtg dr depression and suicidal thoughts.  Tp mcm mana nk tahu dkt SBP yg dia pergi tu dia tak self harm? And kalau dia balik ada perubahan ke? Sebab persekitaran yg berbeza and orang pon beza.

Quote msamyrazi 27-11-2018 10:49 AM
sepupu i ada autisme . boy , umur 16 tahun. masa dia baby , dia suka sangat hantuk kepala dia kat lantai . sampai ada one time benjol jugak kepala dia dan dia mmg hyperactive masa kecik . pernah dia berlari2 dan jatuh of course luka bibir. bab2 akademik mmg dia not good . tapi kalau bab sport terutamanya foot ball , i mengaku dia sangat bagus. pernah i suggest kat mum dia , masukkan dia ke sekolah sukan . tapi tu lah tak lepas lah pulak.

Quote evonvon44 27-11-2018 11:06 AM
Maniaso replied at 26-11-2018 03:59 PM
Saya rasa kanak-kanak autistik perlu ada persahabatan keluarga, ibu dan bapa perlu jadilah character ...

macam ni, aku rasa u boleh cari orang tolong jaga anak2 nya lebih baik mereka kat rumah sendiri buat apa pun takdau.
Quote kucing02 27-11-2018 01:32 PM
info yg berguna.. tq
Quote fidra 27-11-2018 05:39 PM
msamyrazi replied at 27-11-2018 10:49 AM
sepupu i ada autisme . boy , umur 16 tahun. masa dia baby , dia suka sangat hantuk kepala dia kat la ...

Sygnya dia tak lepas. Bakat tu. Sekarang dia mcm mana pulak? Ada lg ke selfharm mcm masa kecik2 dlu? Senang ke nak jaga time tu? Kanak2 kalau hyperactive mmg susah nk jaga. Lg2 kalau autisme skali. Kalau boleh jgn la upah pengasuh. Klau boleh jaga la sndiri. Kita lebih kenal dia.

Quote kakakyee 27-11-2018 05:49 PM
Bagi pendapat saya, anak-anak autistic elok pergi sekolah atau sesi terapi yang bersesuaian dgn diorang. Dan masa diorang duduk rumah, mesti ada orang jagakan. Biasanya family lah kan... Tp kalau takda, cari orang temankan
Quote msamyrazi 28-11-2018 07:41 AM
fidra replied at 27-11-2018 05:39 PM
Sygnya dia tak lepas. Bakat tu. Sekarang dia mcm mana pulak? Ada lg ke selfharm mcm masa kecik2 dl ...

tu lah pasal you . sebab dia  ni wakil sekolah dalam foot ball . sekarang dia dh ok lah, pemikiran dia mcam budak2 lah, cara cakap . tapi budak ni PR sangat2 bagus . cuma  masa kecik dulu mmg kena pantau lah . anak2 buah dia suma suka dia kalu dia mai umah i. dia pandai layan budak2 . pernah tau, my other sepupu cerita kat i , dia temankan that boy amik result pmr , bila keputusan dah ada kat tangan  that boy , tetiba that boy terus happy melompat2 . my cousin yg temankan tu ingat dia score pmr. tapi bila tengok result nya , not good(most of the subject failed) . yg menemankan tu tanya lah: awat tadi tetiba lompat2 ? dia cakap : ingat lulus .  if dia membaca kan, ayat2 tu akan jadi tunggang langgang . sebab i pernah test dia . sian i tengok dia , dahlah mak dia selalu tak sihat ( ada org sihirkan mak dia ). bapak dia panas baran .

dia mmg rajin berborak ngan i , if borak ngan dia , mcam borak ngan budak kecik lah .
Quote trinne 28-11-2018 10:25 AM
Anak saya sejak berusia 2 tahun telah didiagnosis autistic, dia tidak mampu menjawab soalan...
Doctor suruh kami perlu memberi activity seperti melukis untuk anak belajar tapi kami tidak ada masa teman dia...nak tanya ada apa cadangan?   
Quote faraway1 28-11-2018 11:41 AM
trinne replied at 27-11-2018 09:25 PM
Anak saya sejak berusia 2 tahun telah didiagnosis autistic, dia tidak mampu menjawab soalan...
Doct ...

hantar playschoolkalau tiada masa    atleast usia tu memang selalunya melukis aje.  ..
Quote AznieBunnie 28-11-2018 03:19 PM
trinne replied at 28-11-2018 10:25 AM
Anak saya sejak berusia 2 tahun telah didiagnosis autistic, dia tidak mampu menjawab soalan...
Doct ...

spent 10-15 minit jer dgn dia setiap hari. one-on-one.
bg dia pencil, pensil warna, crayon, oil pastel, magic ink... bagi dia drawing blocks, sugarpaper (yg warna hitam tu), kertas mahjong.
tapi jgn bg semua sekali gus.

maybe hari ni oil pastel dgn sugar paper.
esok magic ink dengan drawing blocks.
lusa coloured chalks atas lantai simen.

hasil lukis, snap gambar simpan utk portfolio dia.
lepas lukis, minta dia bercerita sikit apa yg dia nak sampaikan. layan je dia dia nak cerita verbal ke, gerakan badan ke.
kalau dia tanak bercerita, kita bercerita kat dia. dedahkan dia dengan perkataan mudah.
lepas tu bleh ajar dia berkemas, simpan barang.

good luck!
Quote sivalan 28-11-2018 04:25 PM
kakakyee replied at 27-11-2018 05:49 PM
Bagi pendapat saya, anak-anak autistic elok pergi sekolah atau sesi terapi yang bersesuaian dgn dior ...

Kanak2 autism ni ada yang betul susah nak hantar pergi sekolah. Lain la kalau sekolah tu ada kelas kanak2 khas. Tapi saya betul setuju yang kanak2 autism memang tak boleh ditinggalkan sorang kat rumah. Bahaya..
Quote perantaulaman 28-11-2018 04:30 PM
AznieBunnie replied at 28-11-2018 03:19 PM
spent 10-15 minit jer dgn dia setiap hari. one-on-one.
bg dia pencil, pensil warna, crayon, oil p ...

ni mmg betul. kebanyakan budak2 autistic ni mmg ada bakat seni.. kakak aku pnh upah sorng penjaga ni jaga ank buah aku autistic la. mmg penjaga tu pun buat cmni. kakak aku ckp nampak perkembang dari segi sosial dia.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top