CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cabar Diri Untuk Melawat Pulau Koh Hingham Yang Disumpah! Tapi Di Mana Ya?

26-9-2018 05:03 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 7002| Komen: 8|Original author: Oleh: CSuy

Jika anda pernah melawat Koh Lipe, Thailand, sedarkah anda akan kewujudan sebuah pulau kecil yang berdekatan dengannya bernama Koh Hingham? Pulau ini tidak berpenghuni dan tidak disenaraikan sebagai salah satu destinasi pelancongan rasmi Thailand. 

Ini kerana ia memiliki satu fakta yang pelik: Ia dipenuhi dengan batu kerikil kecil berwarna hitam dan putih yang diselubungi oleh satu lagenda yang menakutkan.

Kredit foto: Youtube

Awas ya! Jika anda melawat pulau ini, jangan harap untuk mengambil walau satu pun batu kerikil dari pulau ini sebagai tanda kenangan. Tindakan sebegini pasti akan menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat tempatan. Ada sebabnya.

Kredit Foto: Atlas Obscura

Memetik artikel dari AtlasObscura, masyarakat tempatan di situ mempercayai bahawa pulau Koh Hingham telah disumpah oleh dewa mereka, Tarutao. Jika ada pengunjung yang berani untuk menyimpan walau satu pun batu kerikil dari pulau tersebut, mereka percaya bahawa pengunjung itu akan disumpah oleh Tarutao selama-lamanya! Namun, tidak dinyatakan pula bagaimana bentuk sumpahannya.


Setiap tahun, pihak Taman Negara Thailand akan menerima kembali berpuluh-puluh batu kerikil pulau Koh Hingham yang dipulangkan melalui pos. Ini kerana pengunjung yang berniat ingin mencabar sumpahan tersebut dengan membawa pulang beberapa biji batu kerikil didakwa tidak tahan dengan 'sumpahan' yang berlaku. Akibatnya, mereka dikatakan terpaksa memulangkan semula batu-batu kerikil pulau ini untuk menamatkan sumpahan. 

Kredit foto: Blog TheThailander
Meskipun pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa keluar batu-batu kerikil hitam yang cantik ini dari sempadan pulau Koh Hingham, tiada larangan dikenakan kepada pengunjung yang ingin bermain dengannya selagi mereka berada di dalam kawasan pulau ini. Pandai-pandailah guna kreativiti masing-masing!

Sebagai contoh, masyarakat Thailand sendiri sering membina pagoda kecil menggunakan batu-batu tersebut dan kemudiannya berdoa di hadapannya. Selain itu, ada pengunjung yang menyusun batu-batu kerikil yang berwarna hitam dan putih di situ untuk menulis mesej-mesej pendek

Kredit foto: Atlas Obscura

Bagaimana nak ke Pulau Koh Hingham?

Oleh kerana pulau Koh Hingham tidak berada dalam senarai rasmi destinasi pelancongan Thailand, satu-satunya cara untuk ke sana adalah dengan mencari seorang nelayan tua di Koh Lipe yang arif dengan selok-belok untuk ke pulau tersebut. Kemudian, terserah kepada kelicikan atau kebijakan anda dalam berunding. 

Sekiranya berjaya, anda pasti mendapat satu perjalanan menggunakan bot ke Koh Hingham. Tempoh perjalanan pula dikatakan mengambil masa selama kira-kira 20 minit. Selamat maju jaya! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 27-9-2018 04:35 AM
Sounds like a death wish even nak pergi sana orang tak tau
Quote BoongaKertas 27-9-2018 08:29 AM
Mcm seram2 gittew tp lawa2 batu nye
Quote pai.kacang 27-9-2018 10:57 AM
ape nama nelayan tua tu?
Quote adnil 27-9-2018 12:02 PM
aku anak beranak dah pegi sana - masa tu anak bungsu aku baru 6 bulan .. alhamdulillah xde apa pun yg jadi.. ikut je tour xde pulak cari nelayan tua bagai.... susun susun batu buat tower adalah acara nya.. xde apa pun pulau tu xde pantai cuma ada bebatu hitam putih ni jer.. mmg batu batu dia cantik, walau pecah pun dalam batu tu masih berlorek hitam putih...
mmg ada warning signage kat situ -not to take home any stones.. dan ada sebut sumpahan tu.
Quote tri-max 27-9-2018 01:30 PM
patut namakan pulau" Koh jangan harap amik batu itam tu "
Quote NmeeraR 1-10-2018 03:11 PM
cantiknya batu-batu dekat situ.... ❤️
Quote hanim_rosli 22-1-2019 08:46 PM
Aku dah sampai tempat ni. Tapi pergi under pakej.

Yang bestnya bila tengok org susun batu tinggi2, siap ada bentuk dan design unik. Ada yang boleh susun adi rupa pintu gerbang.

Kitaorg joint sekali, nak tunjuk juga kreatif tapi nan hadooo. Camana laa depa boleh buat lawa je
Quote hanim_rosli 22-1-2019 08:58 PM
Berlumba masing2 siapa dapat susun tinggi2, kalau org omputih siap boleh susun menyenget tapi tak jatuh2 pun

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.082027 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top