Seorang remaja Indonesia, Aldi Novel Adilang, 19 berjaya diselamatkan selepas hanyut 49 hari di lautan ketika bekerja seorang diri di sebuah perahu 'pondok' yang menjaga sebuah perangkap ikan 'rompong' yang terletak kira-kira 125 km daripada pesisir pantai Sulawesi. Aldi berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal dari Panama di perairan Guam dan diserahkan kepada pihak berkuasa Jepun di pelabuhan Tokuyama.
Aldi bekerja menjaga peralatan dan lampu sepanjang 'rompong', yang direka terapung dan berfungsi menarik ikan masuk ke dalam perangkap. Menurut ayahnya, Aldi sudah bekerja dengan syarikat menangkap ikan itu sejak berumur 16 tahun lagi. Setiap minggu, beberapa orang pekerja syarikat akan datang menangkap dan memungut ikan yang terperangkap dalam 'rompong' sekaligus menghantar bekalan makanan, air dan minyak kepada Aldi. Perahu pondok yang dinaiki oleh Aldi adalah salah satu daripada 50 perahu pondok yang dimiliki oleh syarikat perikanan tersebut. Perahu itu biasanya ditambat sauhnya pada dasar laut dan dibiarkan terapung. Bagaimanapun ribut petir pada pertengahan bulan Julai lalu mengakibatkan perahu pondok milik Aldi putus dan hanyut. Menurut laporan The Guardian, Aldi hanya ada bekalan yang mencukupi untuk beberapa hari ketika mula-mula hanyut. Aldi menyatakan beliau mendapat makanan hariannya dengan menangkap ikan, memasak dengan kayu api di pondoknya dan meminum air laut yang ditapis dengan kain untuk mengurangkan rasa masin garam. Konsulat Indonesia yang menemui Aldi di Osaka berkata sebanyak lebih 10 kapal besar melalui kawasan di mana Aldi hanyut tetapi hanya kapal Panama itu - yang menghala ke Jepun - melihat dan menyelamatkannya pada 31 Ogos lepas selepas Aldi berjaya menghantar signal kecemasan menggunakan radio. 'Setiap kali Aldi nampak kapal besar lalu, dia sangat berharap untuk diselamatkan tetapi tidak ada yang nampak atau berhenti' kata Fajar Firdaus, diplomat di Konsulat Indonesia, Osaka seperti yang dilaporkan dalam Jakarta Post. Memetik temubual Aldi dengan TribunManado, Aldi berkata dia ingatkan nyawanya akan berakhir di lautan. 'Ada ketikanya saya hampir membunuh diri tetapi saya ingatkan ibubapa, Tuhan dan saya teruskan berdoa' katanya lagi. Aldi diterbangkan ke kampung halamannya di Menado pada 8 September ditemani pegawai dari konsulat Indonesia. Sehingga kini kesihatan Aldi dilaporkan semakin baik. -CARI |
29
Bagus |
28
Marah |
36
Terkejut |
33
Sedih |
41
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
NmeeraR replied at 1-10-2018 03:29 PM
kenapa aku nak nangis bila tgk part dia diselamatkan?
Sang_Pencinta replied at 2-10-2018 08:36 AM
Dia dari kecil kerja di laut. Tak boleh bayangkan ujian yg dia hadapai
Kalau kita2 yang tak bia ...
ADVERTISEMENT