Seorang wanita terpaksa melahirkan bayi yang dah mati dalam kandungannya seorang diri di hospital. Kejadian yang berlaku di Hospital Rotorua, New Zealand itu menyaksikan Jamie Bowman terpaksa memegang bayinya yang mati selama 25 minit tanpa diberikan sebarang rawatan.
The Press West Coast melaporkan, pada 1 Mac lepas, Jamie dimaklumkan yang imbasan menunjukkan jantung bayinya berhenti berdegup. Setibanya di hospital, dia disuruh pulang kerana tiada kakitangan yang berkelayakan. Lima hari kemudian dia mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan dan pada 8 Mac dia akhirnya melahirkan bayi tersebut di hospital sama.
"Pada masa itu, bayi sudah mati dalam kandungan tanpa siapa tahu sudah berapa lama, tetapi sudah beberapa hari sejak ia diketahui, jadi saya menunggu selama seminggu ketika anak saya sudah mati." Hospital memberitahu, jururawat bertukar syif dan hanya dapat membantunya apabila mereka dapat berbuat demikian. Disebabkan itu dia melahirkan bayi tanpa bantuan perubatan dah hanya ditemani ibunya sahaja. Walaupun ibunya memangku bayi yang sudah mati itu, namun kakitangan hospital masih menyatakan mereka sibuk. "Kesukaran dalam seluruh proses adalah satu perkara yang menyedihkan dan mengerikan. Saya berasa benar-benar kecewa dengan sistem kesihatan." "Tidak siapa pun yang peduli tentang apa yang telah saya lalui dan tidak ada sesiapa yang sanggup membantu. Jijik apabila ada orang yang tergamak melayan ibu bersalin dengan cara ini dan hanya melupakannya." -CARI
|
27
Bagus |
29
Marah |
36
Terkejut |
22
Sedih |
33
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sinalegna replied at 25-9-2018 02:10 PM
Sheolls POC ke? Biasa ler..
putericahaya999 replied at 25-9-2018 10:42 PM
apa tu poc tu
ADVERTISEMENT