Adakah peluang untuk bintang gusti ternama John Cena dan Nikki Bella untuk bersama semula sudah tertutup rapat? Nampaknya itulah yang bakal terjadi. Baru-baru ini Nikki telah ditemubual oleh laman web ET Online dan beliau mengesahkan sudah lama tidak berhubungan dengan bekas tunangnya itu. 'Ya, kami sudah tidak berhubungan' kata Nikki mengesahkan khabar itu. 'Beliau dengan halnya, saya dengan hal saya' tambahnya lagi. Sebelumnya, pasangan ini menjadi bualan hangat apabila John telah melamar Nikki di Wrestlemania 22 disaksikan ribuan peminat pada tahun 2017 selepas bertahun berhubungan. Walau bagaimanapun, Nikki bertindak memutuskan pertunangan mereka April lalu. Walaupun John cuba memujuknya setengah mati, termasuk merayu secara langsung di sebuah rancangan TV, tetapi Nikki tidak mengendahkannya. Nikki bagaimanapun mengatakan masih menyendiri walaupun sudah berbulan putus hubungan dengan John. 'Ya, saya masih single dan lebih menumpukan perhatian terhadap diri sendiri kini' tambah Nikki dan disokong oleh adiknya Brie Bella. Walaupun tidak ada pengumuman rasmi daripada mereka berdua, umum mengetahui bahawa punca utama mereka berpisah ialah keengganan John Cena untuk menjadi bapa. John mengesahkan tidak berminat mempunyai anak, sedangkan Nikki sendiri sangat menginginkan untuk mempunyai anak sendiri. Selepas mendapat kata dua daripada Nikki, John akhirnya mengalah dan bersetuju untuk mempunyai anak. Tetapi Nikki menyedari persetujuan John itu tidak ikhlas dan beliau bertindak menutup pintu hatinya untuk bekas tunangnya itu. Nampaknya punahlah harapan peminat untuk melihat pasangan paling hangat dalam dunia gusti ini untuk bersatu semula. -CARI
|
4
Bagus |
3
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 27-12-2018 01:57 PM
Motip kaya raya tapi takmo anak ? Ummah meleis yg miskin papa kedana gigih beranak tiap tahun siap h ...
miemiecha replied at 27-12-2018 03:13 PM
ummah meleis msh berpegang kepada ayat "anak tu rejeki' sistur...
Orix replied at 27-12-2018 03:38 PM
Pala hotak dia la anak tu rejeki kalau sedar diri tak mampu nak bagi nafkah sempurna pd anak gigih ...
annehuda replied at 28-12-2018 08:24 AM
ok la die terus terang taknak anak. kalau meleis kite ni anak tu wajib ada walaupun hakikatnye ko ta ...
ADVERTISEMENT