Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) melihat pembayaran elaun rendah antara faktor kemerosotan prestasi skuad negara di pentas antarabangsa.
“Kalau elaun hanya RM500 sebulan terutamanya untuk pemain yang tidak mempunyai pekerjaan lain sedangkan mereka mempunyai tanggungan banyak, bagaimana? “Jika anda bekerja namun selepas itu mendapat peluang pekerjaan yang lebih bagus, adakah anda akan meninggalkan pekerjaan lama?” kata Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail. Persoalan itu dibangkitkan Ahmad bagi menjelaskan antara punca kemerosotan sepak takraw dan baru-baru ini kecundang kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF. Menurutnya, bagaimana pemain mahu memberikan fokus andai elaun yang diberikan tidak mencukupi. “Adakah anda boleh mendapat ketenangan di tempat kerja jika terlampau banyak masalah. Pemain kami bukannya malaikat yang turun dari langit, mereka juga manusia.
|
ringcat posted on 12-9-2013 09:36 AM
HEI LATOK!
kasi cerita dulu mana pigi rm8 JOTA tu!!!!!!!!!!!!!!!!!
toksira posted on 12-9-2013 11:58 AM
Semasa merangka budget tahunan persatuan, bukankah presiden & AJK beliau yg bertanggungjawab utk dec ...
allnighter posted on 12-9-2013 12:03 PM
Atuk aku dulu jadi pemain bola free je... Berkhidmat untuk negara katanya... Bukan mcm zaman sekaran ...
ADVERTISEMENT