Tidak begitu gah seperti destinasi pelancongan yang lain,namun berkunjung ke Alacati di Turki sudah cukup membuat anda berasa umpama berada di Greek.
Dikelilingi gunung-ganang rendah,laut biru yang tenang, dan jalan-jalan sempit yang dipenuhi kafe dan restoran , bandar pelabuhan Alacati menawarkan percutian pantai yang indah di pantai Aegean Turki. Di sini anda bakal dibawa kembali ke abad ke-14. Alacati merupakan tempat alternatif selain Bodrum pilihan orang Turki termasuk beberapa selebriti terkemuka untuk menghabiskan cuti mereka Ia juga terkenal sebagai salah satu destinasi luncur angin terbaik di dunia. Pekan Alacati sangat tenang pada siang hari kerana kebanyakan pengunjung akan berkumpul di pantai-pantai sekitar Alacati. Terdapat juga kelab-kelab pantai yang menganjurkan majlis-majlis dan konsert pada waktu matahari terbenam. Pada waktu petang hingga malam pula, kafe-kafe, kedai barangan antik dan kedai-kedai cenderamata mula dipenuhi penduduk tempatan dan juga pelancong. Kawasan pelabuhan di sini direka oleh arkitek Perancis iaitu Francois Spoerry, yang turut mereka tempat pelancongan Port Grimaud di Cote d'Azur. Kawasan pelabuhan di sini juga dipenuhi dengan kapal layar persendirian. Kebanyakan rumah-rumah di sini dibina menggunakan tanah liat atau teracotta sekaligus mewujudkan suasana vintaj di sini. Jika anda berkesempatan melawat Turki, masukkan sekali Alacati dalam senarai tempat yang anda akan lawati. Hanya 1 jam perjalanan menaiki bas dari Izmir. Jom ke Alacati! -CARI
|
18
Bagus |
9
Marah |
49
Terkejut |
33
Sedih |
27
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT