CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurang Tanah: Felda Bina Flat Untuk Generasi Ketiga

12-9-2013 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4495| Komen: 13

Kurang tanah: Felda bina flat untuk generasi ketiga


BESUT 11 Sept. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda) akan membina lebih banyak rumah pangsa untuk generasi baharu anak peneroka, khususnya di kawasan tanah rancangan yang menghadapi masalah kekurangan tanah.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya menyedari generasi ketiga Felda memerlukan kediaman lebih selesa, namun disebabkan kekurangan tanah, Felda memutuskan agar rumah pangsa dibina untuk mereka.

"Rumah pangsa tiga atau empat tingkat bernilai antara RM80,000 hingga RM100,000 seunit itu merupakan sebahagian usaha Felda untuk mengatasi masalah tempat tinggal yang dijangka dihadapi anak peneroka di masa depan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Merdeka Raya dan majlis Ramah Mesra Peneroka Felda Selasih, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, anggota Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar, Pengarah Besar Felda Datuk Faizouul Ahmad dan Pengurus Besar Wilayah Terengganu Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 12-9-2013 11:35 AM
generasi2 FELDA ni mamang kerajaan kena sedia kan rumah ke??
tak blh cari sendiri rumah kat kawasan2 lain ke??
Quote undark 12-9-2013 11:35 AM
punya la byk tanah kat malaysia.. tak cukup tanah pulak..
Quote highcastle 12-9-2013 11:42 AM
putr@polo posted on 12-9-2013 11:35 AM
generasi2 FELDA ni mamang kerajaan kena sedia kan rumah ke??
tak blh cari sendiri rumah ka ...

Tapi yang sakit hati yg dapat rumah Genarasi ke-2 ada setengah tu dah plan tak nak duduk pun, dia org nak sewakan, dia org masih nak duk umah asal FELDA......
Quote putr@polo 12-9-2013 11:58 AM
kerajaan memang jaga FELDA ni betul2..
penduduk FELDA ni pengundi utama kerajaan ni..
Quote melati2862 12-9-2013 12:01 PM
undark posted on 12-9-2013 11:35 AM
punya la byk tanah kat malaysia.. tak cukup tanah pulak..

Tanah FELDA untuk ladang memang banyak kut tapi untuk bina rumah tu yang dah tak ada..kalau bina rumah kat area ceruk sangat, nanti takde pulak generasi ketiga FELDA nak stay kat situ, buat rugi je bina..sekadar memberi pendapat..

Quote AdamBillionaire 12-9-2013 12:58 PM
urm. cuba bayangkan tengah hutan. ada rumah flat? agak2 cmne feeeling nya? hurm.. tiada lg bijak pandai ke duduk dalam felda?
Quote undark 12-9-2013 02:43 PM
flat dalam hutan ada internet.. ok la hehe
Quote undark 12-9-2013 02:44 PM
melati2862 posted on 12-9-2013 12:01 PM
Tanah FELDA untuk ladang memang banyak kut tapi untuk bina rumah tu yang dah tak ada..kalau bina r ...

sebelum ni pun felda mmg dah ceruk.. takde isu pasal jauh ke dalam hutan..

Quote gaara_X 12-9-2013 02:47 PM
pakat dok umat plat laa lepas nie ore felda.....hehehehehehe....
Quote haji_one 12-9-2013 02:48 PM
Generasi kedua dan ketiga (anak/cucu felda) ni biasanya kerja kt luar (i.e bandar besar),hanya sebahagian kecil yg masih berada di felda i.e mengerjakan ladang mak ayah, ambil buah (uruskan loading buat utk dihantar ke kilang) serta mengusahakan perniagaan sendiri seperti kedai runcit dan cyber cafe..so, kalau buat bebanyak, sapa nak duduk..

cam saya, anak felda chini, kt felda chini tu ada rumah teres untuk generasi kedua felda..banyak jugak, just wondering..sapa yg nak duduk kt situ..nak kerja apa kt situ...apatah lagi felda chini tu jauh dr kuantan, pekan dan muadzam (let say la kalau nk bekerja di bandar)..
Quote pelicano 12-9-2013 03:02 PM
What a stupid suggestion....
Quote Al-Patih 12-9-2013 05:16 PM
putr@polo posted on 12-9-2013 11:35 AM
generasi2 FELDA ni mamang kerajaan kena sedia kan rumah ke??
tak blh cari sendiri rumah ka ...

meke kalau tompek lain ..takut tak pandai menyusai diri .....
Quote havoqs 12-9-2013 07:42 PM
Ko nak bela generasi kedua/ketiga felda ke, atau ko nak membela kontraktor2 yg bakal dpt projek buat rumah ni?? Sbb tu cadangan dungu ni pn ko boleh endorse..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.247588 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top