Di sebalik ketabahannya membesarkan dua permata hati bersendirian, tiada siapa tahu betapa luka hatinya dalam mempertahankan hak anak-anaknya yang dilupakan oleh bekas suami, Aidil Zafuan. Biarpun banyak cerita yang tidak enak keluar dari mulutnya namun itu adalah jawapan kepada segala pertanyaan yang tidak mampu untuk dijawab satu persatu. Mungkin ramai menuduh Rita sebagai janda yang sentiasa merungut tentang keburukan Aidil. Malahan Rita didakwa sebagai tidak 'move on' lagi dari kisah penceraian yang sudah pun berakhir enam tahun yang lalu. Melalui status terbaharunya, Rita menulis kata-kata syahdu mengenai kisah perpisahan anak-anaknya yang masih mentah ketika itu dengan bapanya yang 'hilang' secara kejam bagi menjawab pertanyaan netizen secara tidak lagsung. Status tersebut mengundang simpati daripada pengikutnya yang turut terkesan dengan cerita perpisahan ini hingga ada yang menyamakan nasib Rita dengan Intan Saleh. Selain itu, netizen juga turut memberikan nasihat supaya terus bangkit membina hidup baru sekaligus melupakan kisah lama yang menyedihkan. Bagaimanapun, ada juga yang mencerca Rita kerana didakwa masih mahu mengungkit kisah lama sedangkan masing-masing sudah ada kehidupan baru. Namun Rita juga menjelaskan yang dia sebenarnya dalam rangka promosi untuk menjual buku mengenai kisah hidupnya. " Menariknya, ramai yang seakan tidak sabar untuk memiliki buku ini setelah Rita sendiri memuatnaik sedutan buku ini. Maklumlah kisah sedih yang meruntun ini pasti membuatkan hati kaum wanita akan terasa simpati dengan nasib kaum sejenis. Malahan, strategi Rita dilihat berjaya kerana ramai yang mahu mendapatkan buku ini sebagai koleksi. "Hanya orang yang berada di tempat saya ja akan faham. Saya lantang bukan maki orang, saya bersuara untuk mempertahankan hak saya dan anak-anak.Tapi orang yang tak duduk tempat saya akan mengeji dan membenci saya hinggalah satu hari mereka pula berada di tempat saya. Seterusnya, ramai juga pengikut Rita yang turut berkongsi mengenai pengalaman pahitnya berdepan dengan penceraian. Dalam usianya 42 tahun, tiada kemewahan material yang melimpah-limpah dalam hidupnya setakat ini kerana itu tidak mampu membeli kasih sayang. Hanya sebuah keluarga bahagia , anak yang sihat dan saling melengkapi sudah cukup untuk wanita seperti Rita Rudaini. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|