CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Sokong Petrol Naik 20 Sen

12-9-2013 10:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9619| Komen: 86




Zaidel Baharuddin

AMPANG - Tak kisah siapa pun jadi kerajaan, kena fikir generasi akan datang. Demikian reaksi Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Umno, Zaidel Baharuddin ketika diminta mengulas soal kenaikan harga minyak yang menjadi topik dalam Forum 20 sen.

Zaidel menggantikan Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam yang tidak dapat hadir ke forum tersebut untuk berbicara soal kenaikan harga minyak dengan Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli.

Ketika memulakan bicara, Zaidel memaklumkan ketidak hadiran Lokman itu ekoran sedang mengikuti kempen di Kedah selain tidak bersetuju dengan tajuk forum tersebut.

"Saya menggantikan saudara Lokman kerana beliau sedang sibuk berkempen di Kedah.

"pada masa sama, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak. Tapi saya setuju, sebab itu saya datang," katanya.

Mengulas soal isu yang menjadi topik hangat perbincangan itu, Zaidel berpendapat bahawa duit rakyat tidak boleh dibelanjakan untuk generasi sekarang sahaja.

"Tak kisah siapa pun jadi kerajaan, tetap kena tanggung keadaan ini. Minyak makin terhad jadi subsidi semakin perlu dikurangkan.

"Jadi, tak kisah siapa pun jadi kerajaan, kena fikir generasi akan datang. Tak boleh belanja duit rakyat untuk generasi sekarang sahaja," katanya dalam Forum 20 sen yang diadakan di Menara MPAJ, hari ini.

Beliau mengingatkan hadirin soal kuantiti minyak yang semakin terhad juga perlu diberi perhatian.

"Minyak terhad. Makin lama rakyat makin ramai, kereta makin banyak. Itu kita kena ingat.

"Kalau PR menang akan datang sekalipun kena tanggung ini juga. Nak beri pendidikan percuma, hapus tol...itu belanja lagi," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat juga tidak boleh terlalu bergantung kepada subsidi.

"Kita tak boleh terlalu bergantung kepada subsidi...Tak terfikir ke perbelanjaan subsidi itu termasuk dalam kos pengurusan?," katanya.

Beliau juga melihat jika pendapatan minyak negara dihabiskan semata-mata untuk subsidi adalah satu kerugian.

"pendapatan minyak 30 hingga 40 peratus tapi kalau nak habiskan utk subsidi semata-semata bagi saya ia satu kerugian yang amat besar," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 12-9-2013 08:38 AM
aku pun sokom....... pejadah subsidi nie tiris kat warga asing kat malaya....!!!

lagi cepat implemen GST lagi bagus.....!
Quote Acong 12-9-2013 08:40 AM
dah berapa juta warga asing kat malaya? pejadah mau subsidi lagi....!
Quote noor2 12-9-2013 08:40 AM
"ada masa sama, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak. Tapi saya setuju, sebab itu saya datang," katanya







apa maksud kata2 ni...jenuh nak paham...
Quote allnighter 12-9-2013 08:40 AM
Dah banyak sangat thread pasal minyak ni.... Boringnya.
Quote the_killer 12-9-2013 08:42 AM
noor2 posted on 12-9-2013 08:40 AM
"ada masa sama, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak. Tapi saya setuju, se ...

beliau tu merjuk si lokman tu..si lokman tu tak setuju petrol naik...tp si gemuk setuju
Quote micha 12-9-2013 08:45 AM
Spttnye org mcm ni yg kene halau dr malaysia pi duduk kt negara lain.
Quote tobby 12-9-2013 08:46 AM
allnighter posted on 12-9-2013 08:40 AM
Dah banyak sangat thread pasal minyak ni.... Boringnya.

jgn risau. sebulan lagi org lupa la. lepas tu pakat undi BN balik, org melayu marah sekejap jer.
Quote noor2 12-9-2013 08:47 AM
the_killer posted on 12-9-2013 08:42 AM
beliau tu merjuk si lokman tu..si lokman tu tak setuju petrol naik...tp si gemuk setuju

owh... tq...

beliau pi keje tak pakai kereta kut...tu tak kisah...
Quote benzo33 12-9-2013 08:53 AM
Aku takut alasan subsidi digunakan bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan seperti isu rasuah/kronisme, ketirisan wang negara. mungkin kah?
Quote the_killer 12-9-2013 08:56 AM
benzo33 posted on 12-9-2013 08:53 AM
Aku takut alasan subsidi digunakan bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan seperti isu rasuah/kr ...

boros,kroni,rasuah,ketidakcekapan..
Quote Acong 12-9-2013 08:56 AM
pemansuhan subsidi adalah perlu utk mengekang kebanjiran warga asing di malaya.....!
Quote gaara_X 12-9-2013 08:56 AM
hai....ingatkan pengundi umnok menangis bersyukur ngan kenaikan minyak nie....hehehehehehee...terima kasih BN....
Quote green~tea 12-9-2013 08:59 AM
Tea pun sokong je fully deregulated fuel... Tp increase facilities lain, cam medical, transport utk RAKYAT MALAYSIA sahaja...
Quote green~tea 12-9-2013 09:01 AM
Bukan takat sabsidi petrol diesel.. Mansuhkan skali sabsidi gas by petronas to IPP.. Harap gomen tak berat sebelah dalam buat keputusan n protect kroni saje and korbankan rakyat
Quote Acong 12-9-2013 09:03 AM
green~tea posted on 12-9-2013 08:59 AM
Tea pun sokong je fully deregulated fuel... Tp increase facilities lain, cam medical, transport utk  ...

yeap........ gunakan sepenuhnya cip MYKAD tu...... asal rakyat malaysia, otomatik diskaun 50% utk pengangkutan awam, perubatan, pendidikan, dll......
Quote Acong 12-9-2013 09:05 AM
pastu naikkan semua tambang pengangkutan awam sbyk 100%
Quote mjla 12-9-2013 09:05 AM
Satu bilion penjimatan tu apa kjn nak wat...

Tak nampak plan apa2 pun....

Cakap jer lebey....
Quote zorrro_03 12-9-2013 09:07 AM
tak suka minyak naik,  GET OUT!!!!!


faham????
Quote Innrukia 12-9-2013 09:08 AM
duk keriau sana sini minyak naik 2 kupang, iphone mai ribu riban pun beli jugak

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top