Apabila Siti Nordiana dijemput sebagai penyanyi undangan di dalam program realiti Big Stage, ramai yang memandang sinis. Bagi mereka Nana menyanyi dengan nada monotanous sahaja yakni langsung tiada kepelbagaian tonasi. Biarpun sepatutnya tumpuan utama diberikan kepada peserta BBNU ini, namun ternyata penyanyi undangan juga tidak terlepas dari pelbagai kritikan netizen. Berduet dengan Afieq Shazwan dalam pusingan separuh akhir, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana dikecam kerana membawakan lagu secara sambil lewa. Apatah lagi tatkala menggalas tanggung jawab menyanyikan lagu Muara Hati (penyanyi asal Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip) membuatkan ramai netizen menyerangnya.
Ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka kerana Siti Nordiana tidak membawakan lagu tersebut dengan baik. Apatah lagi penyanyi asal lagu tersebut, Dato' Siti Nurhaliza berada di hadapan sebagai panel juri didakwa kononnya berasa sedih. Selain itu, Nana juga didakwa bukanlah rakan duet yang bagus kerana dilihat agak malas hingga memberi kesan buruk kepada peserta iaitu Afieq yang dilihat sangat bersungguh-sungguh ketika membawakan lagu tersebut. Netizen juga turut memberi contoh ketika dia dijemput sebagai rakan duet Lan Kristal dalam Gegar Vaganza yang mempersembahkan nyanyian hambar. "Sebenarnya Siti Nordiana tak berapa sesuai nyanyi sebarang lagu Siti Nurhaliza. Tona suara yang seakan sama membuatkan semua orang buat perbandingan. Sepanjang Nana nyanyi lagu Tok Ti, kebarangkalian lagu Siti jadi tak best adalah sangat tinggi." Itu kata-kata mereka yang mempertikaikan suara Siti Nordiana. Namun begitu, masih ramai yang mempertahankan penyanyi hitam manis ini dalam mengalunkan lagu dengan stail tersendiri. Komen yang terlalu merendah-rendahkan Nana ini sebenarnya sangat tidak beradab kerana mengkritik tanpa asas. Malahan Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana sudah biasa dikritik, cuma usahlah keterlaluan hingga menyentuh peribadi seseorang individu tersebut. "Yang komen Siti Nordiana nyanyi tak best, cuba fikir. Mungkin dia buat-buat biasa sebab tidak mahu overshadow Afieq, kalau dia nyanyi betul-betul, tenggelam peserta sebenar nanti." Malahan ramai yang menuding jari ke arah pihak stesen televisyen yang sebenarnya sengaja mencipta kontroversi untuk melakukan lagi program tersebut. Walhal dari awal pihak stesen sudah tahu isu ini akan meletus kerana perbandingan nyanyian antara dua Siti tersebut. Antara Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana, kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Adalah lumrah jika Siti Nordiana mempunyai lenggok seperti penyanyi nombor satu negara kerana Nana muncul agak lambat berbanding Siti Nurhaliza dan ketika itu memang ramai yang menyanyi seakan-akan ibu kepada Afiaa ini. Bagaimanapun untuk mengkritik Nana seperti malas menyanyi agak keterlaluan kerana ramai yang nampak usahanya untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. Apa yang penting, duetnya bersama Afiq membawa tuah kerana Afieq mara ke peringkat akhir bersama empat lagi peserta. Adakah keputusan mungkin berbeza jika bukan Nana yang menyanyi? - CARI |
30
Bagus |
24
Marah |
23
Terkejut |
24
Sedih |
24
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hyie replied at 18-9-2018 03:54 PM
aah mmg nana nyanyi tak sedap sikit malam tu...iols syak sheols taknak overshadow afieq
dekmieDandy replied at 18-9-2018 05:08 PM
xde orang nak komen pasal baby shima nyanyi ku mahu tu ke
lagi hauk aku dengar
masdiana-ana replied at 18-9-2018 04:31 PM
masa siti nana nie berduet dgn amir masdi untuk konsert afmegastar pun nampak sambil lewa jer duet . ...
buragazz replied at 18-9-2018 04:56 PM
Aku penyokong Nana aku tak pasti lah kes tak nak overshadow ke hapa.. tapi mlm tu memang kureng si ...
buragazz replied at 18-9-2018 04:56 PM
Aku penyokong Nana aku tak pasti lah kes tak nak overshadow ke hapa.. tapi mlm tu memang kureng si ...
ADVERTISEMENT