"Kenapa mekap Fazura kat New York buruk? Walau sebelah Anna Wintour sekalipun, semua tu tak bererti sebab Faz tak outstanding!" Biarpun niat Fazura yang sebenarnya adalah berkongsi kegembiraan duduk di sebelah ikon fesyen ternama ketika menghadiri pertunjukan beg berjenama mewah, namun ternyata ia tidak mengundang aura positif hanya kerana solekannya disifatkan keterlaluan oleh segelintir netizen. Fazura yang mengenakan solekan smoky eyes yang ditatarias oleh Nigel Stanius kelihatan sangat berbeza dengan penampilan sebelum ini yang tampak lebih ringkas tetapi manis. "Why you nampak macam hantu? Mata tu seram!" Ramai yang tidak menyukai solekan Fazura yang keterlaluan dan nampak garang. Biarpun mendapat kritikan hebat, namun ada juga pengikut Fazura yang memahami itu adalah bagi menepati tema show tersebut. Bagi orang yag mengatakan Fazura nampak lebih tua dari usianya adalah daripada mereka yang tidak memahami erti 'high fashion makeup'. Malahan lebih ramai yang memuji penampilan Fazura yang sangat classy hingga disamakan dengan artis antarabangsa iaitu Mila Kunis dan Avril Lavigne. Bagaimanapun, pengikut Fazura tetap teruja kerana Fazura dapat mengabadikan kenangan bersama Ketua Editor Majalah Vogue, Anna Wintour yang sangat dihormati dalam industri fesyen. Lebih mengujakan apabila ada yang membuat rumours bahawa Fazura bakal menjadi wajah penghias muka depan majalah Vogue satu hari nanti. Wah! Malahan apabila busana yang dipakai Fazura hampir sama dengan Anna Wintour membuatkan lebih ramai peminatnya bersemangat memuji penampilan Fazura sekaligus menyahkan komen-komen berbaur negatif. "She looks like a hollywood royalty. She's dressed to impressed. And the make up, i mean COME ON@ Not everyone can pull that off. I love her! She's like the real life blair waldorf!" Tidak hanya itu, Fazura juga sempat bergambar kenangan dengan ahli kumpulan K-Pop, Black Pink yang turut berada di sana membuatkan peminatnya bertambah kagum dengan figura nan satu ini. Fazura, antara artis yang sentiasa dijemput ke pentas fesyen antarabangsa kerana dia mampu menjadi wakil Malaysia yang mempesona. Mungkin solekan yang kelihatan 'garang' tersebut menepati konsep majlis dan apa salahnya sesekali berubah citarasa. Fazura tetap menjadi kesayangan para peminatnya walau apa sahaja yang dipakainya. - CARI |
29
Bagus |
12
Marah |
30
Terkejut |
29
Sedih |
22
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT